• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KAFA Bayar Tunggakan Gaji Pemain Kelantan

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hari ini melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan bagi Julai dan Ogos.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata bayaran tunggakan gaji itu merupakan komitmen pihaknya bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh barisan pemain dan kejurulatihan pasukan Kelantan.

“Pembayaran ini bermakna KAFA sudah melunaskan kesemua tunggakan gaji pemain dan barisan jurulatih Kelantan pada musim ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek kepada pemain pasukan Kelantan di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata walaupun jumlah keseluruhan bayaran tunggakan gaji pemain tidak didedahkan namun ianya sudah membuktikan beliau sudah menunaikan janjinya sebelum dilantik sebagai presiden baharu persatuan itu.

“Ianya sudah tentu satu jumlah yang agak besar namun usah kira dari mana sumber kewangan itu di ambil, ini adalah janji saya kepada pemain dan saya mahukan pemain memberikan satu keputusan yang positif pada dua perlawanan terakhir nanti,” katanya.

Kelantan perlu menang dua perlawanan terakhir Liga Super bagi mengelakkan tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Kelantan akan bertemu PKNS FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini pada Rabu ini manakala menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Melaka 21 Oktober depan.

Mengenai kedudukan Tan Sri Annuar Musa sebagai penasihat KAFA, Bibi Ramjani berkata sehingga kini pihaknya belum membuat apa-apa keputusan berkaitan kedudukan Annuar yang kini masih menjawat jawatan tersebut.

Ditanya adakah nama The Red Warriors (TRW) akan ditukar dengan nama baharu, beliau berkata ia belum dibincangkan dan jika ada pertukaran akan diumumkan kemudian. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias KhanKAFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kesan Gigitan Buah Bantu Temui Pelancong Korea

Next Post

Bahana Tumbuk Bangla, Sharnaaz Ahmad Kena Denda

Related Posts

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

Susun Semula Keperluan Guru KAFA Selangor

25/08/2023
0

SHAH ALAM – Pertukaran guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) di Sekolah Rendah Agama (SRA) di Sabak Bernam dan...

Kerajaan Cadang Wujud KAFA Peringkat Sekolah Menengah

07/02/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bercadang mewujudkan pengajian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di...

Next Post

Bahana Tumbuk Bangla, Sharnaaz Ahmad Kena Denda

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd