• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Buaya Ganas Masih Belum Dijumpai

oleh AK-47
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kira-kira 100 penduduk kampung menggunakan lebih 20 buah bot turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai disambar dan dibaham seekor buaya di Sungai Kuala Besar, Kampung Hulu Tambak, Pusa, Sarawak, petang semalam.

Mangsa, Bentayan Ilah, 31, dikatakan telah dibaham reptilia ganas itu dalam kejadian petang semalam ketika dia keluar menangkap ikan bersama sepupunya.

Jurucakap bilik gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat di sini berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu dari Balai Polis Pusa pada 5.30 petang semalam.

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dengan kekuatan lapan anggota menggunakan dua bot diketuai Pegawai Bomba Kanan, Henry Anak Jugah dikerahkan ke tempat kejadian yang terletak kira-kira 53 km dari BBP Betong.

Jurucakap itu berkata maklumat yang diterima daripada komander operasi menyatakan operasi mencari dan penyelamat masih diteruskan menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada radius pencarian 20 km, tetapi sehingga kini mangsa masih belum dijumpai.

Turut terlibat dalam operasi hari ini ialah pasukan polis yang menggunakan sebuah bot. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd