• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utamakan Kepentingan Rakyat, Kata Zambry

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang harus memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan dalam urusan melibatkan kepentingan rakyat, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata dalam menjalinkan hubungan kerajaan negeri-kerajaan pusat, kerajaan-kerajaan negeri berkenaan tidak boleh mengutamakan kepentingan politik mereka semata-mata sehingga merumit urusan Kerajaan Persekutuan membantu rakyat demi kepentingan rakyat.

“… kepentingan rakyat harus difikirkan bersama. Adakalanya politik menjadi kriteria utama… tetapi kalau politik semata-mata, kita tidak akan mendapat hasil yang baik, kerana semua pihak harus tahu membezakan urusan kerajaan dan urusan politik.

“Ambil Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebagai contoh, tak pernah beliau mengetepikan kepentingan negeri-negeri di bawah pimpinan mereka, tak ada pula kita dengar PM tak mahu lawat negeri-negeri berkenaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk “Menelusuri Transformasi Nasional (TN) 50: Sinergi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan” di Institut Tadbiran Awam Negara, Bukit Kiara, di sini hari ini.

Zambry berkata hubungan yang berlandaskan sikap berkonfrontasi tidak akan membawa sebarang faedah, sebaliknya hanya akan merugikan rakyat. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Mujahid Desak UMNO Jelaskan Isu Surat Ismail Kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

17/10/2026
0

Oleh Mynewshub PETALING JAYA – UMNO digesa menjelaskan sama ada mengetahui atau merestui surat yang didakwa diutus Menteri Besar Negeri...

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

Nik Nazmi Sahkan Ditahan JAIS, Mohon Maaf Kepada Isteri Dan Keluarga

17/10/2026
0

OLEH MYNEWSHUB   PETALING JAYA: Pemimpin Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad, mengesahkan beliau antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd