KUALA LUMPUR – Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili, akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN Ke-35 dari 26-29 Sept, 2017 di Manila, Filipina.
Sebagai Pengerusi Kumpulan Kerja Projek Integrasi Tenaga Laos-Thailand-Malaysia (LTM-PIP), Malaysia akan menganjurkan majlis pemeteraian Energy Purchase and Wheeling Agreement (EPWA) antara entiti utiliti tenaga tiga negara, iaitu Tenaga Nasional Bhd, Electricite du Laos dan Electricity Generating Authority of Thailand pada 27 Sept, 2017, menurut KeTTHA dalam kenyataan hari ini.
Ongkili dan rakan sejawatnya dari Laos dan Thailand akan menyaksikan majlis menandatangani EPWA, yang akan menandakan permulaan dagangan tenaga pelbagai hala yang pertama di ASEAN. – BERNAMA

