• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jiran Rakam, Abaikan Budak Mati Diserang Anjing Liar

oleh AK-47
15/02/2025
dalam Utama & Sensasi, Video Viral
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGISAN sayu merayu meminta tolong rupa-rupanya datang daripada seorang kanak-kanak lelaki yang parah selepas diserang 17 ekor anjing liar.

Dalam sebuah video, seorang kanak-kanak lelaki yang dikenalpasti bernama Praveen Kumar dan berusia 4 tahun itu sedang terbaring di atas tanah dalam keadaannya berlumuran darah dan menangis meminta tolong kini tular di media sosial.

Dalam insiden yang berlaku Khamis lalu di Guntur, Selatan India itu, Praveen sedang bermain bersama kakak dan rakan-rakannya.

Bagaimanapun, keseronokan kanak-kanak itu direntap begitu sahaja apabila dia telah diserang oleh sekumpulan anjing liar.

Dalam serangan itu, Praveen telah digigit di bahagian leher, muka, tangan, dada, bahu dan kaki dalam kejadian yang berlaku lebih dari 30 minit, sehingga kanak-kanak malang itu ditinggalkan dalam keadaan separuh mati.

Menurut ibu bapanya, jiran-jiran berhampiran terdengar jeritan namun tiada sebarang percubaan yang dilakukan untuk membantu Praveen. Sebaliknya, mereka hanya mengambil telefon bimbit masing-masing dan merakam video kejadian yang menunjukkan mangsa menangis dan menjerit meminta pertolongan.

Isu ini mendapat perhatian Presiden Persatuan Hak Kanak-Kanak, Achyuta Rao, yang amat sedih dan marah melihat tindakan orang ramai tergamak merakamkan sekumpulan anjing itu menyerang dan menggigit mangsa tanpa belas kasihan.

“Tiada percubaan untuk membantu menyelamatkan mangsa dan membawanya ke hospital, malah sanggup merakam kejadian itu dengan telefon bimbit mereka. Saya amat kesal melihat masyarakat yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan,” kata Rao.

Praveen Kumar, 4, menangis dan merayu meminta bantuan daripada penduduk kampung namun tiada siapa yang melakukan sebarang tindakan.
Orang ramai mengerumuni tubuh Praveen yang kelihatan sedang bertarung nyawa.

Ibu bapa Praveen, Yesu Kumar, 32, dan Malleswari, 28, yang bekerja sebagai buruh dengan pendapatan harian Rs150 (RM9.81) sehari, segera menghantar anak mereka ke hospital kerajaan yang terdekat. Malangnya kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.

Pegawai perubatan di Hospital Kerajaan Guntur, Dr. DS Raja Naidu berkata, “Ketika mangsa dibawa ke hospital kami pada waktu petang, kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa. Mangsa meninggal dunia akibat banyak kecederaan dan kehilangan darah yang banyak,” katanya.

Tambah Rao lagi, seminggu sebelum kejadian, ibu mangsa pernah membuat aduan kepada pihak Perbandaran Guntur berkenaan kehadiran sekumpulan anjing liar itu telah menganggu ketenteraman kawasan kejiranannya.

“Ibu mangsa telah membuat aduan kepada pihak perbandaran, tetapi tiada sebarang respon yang diterima.

“Dia menangis dan berkata, anaknya mungkin masih hidup hari ini jika pihak perbandaran segera mengambil tindakan berhubung masalah berkenaan.

“Kami kini sedang mendapatkan kerjasama dari Suruhanjaya Hak Asasi Manausia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Perbandaran Guntur.

“Adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan kawasan kejiranan itu selamat untuk penduduk di situ dan insiden ini harus dipertimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Perbandaran Guntur, Ramchandra Reddy berkata, pihaknya mengambil maklum dengan insiden yang menimpa kanak-kanak lelaki berkenaan dan mengatakan pihaknya telah mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Kami akan hantar anggota kami untuk menangkap anjing-anjing liar dan kami tidak dapat membunuh anjing-anjing tersebut sehingga kami menerima arahan dari pihak mahkamah.

“Kami tahu Guntur mempunyai banyak anjing liar dan kami sedang berusaha untuk membendung masalah ini,” katanya.

Kepada mereka yang mudah terkesan dengan audio dan visual yang menyentuh sensitiviti, kami nasihatkan supaya tidak menontonnya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anjing LiarIndiakanak-kanakvideo viral
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi Petugas Kaunter DQI Sehingga 30 September

Next Post

Abby Abadi, Norman Hakim Sanding Sekali Lagi

Related Posts

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

Mayat Kanak-kanak Ditemukan Di Dalam Sungai

28/05/2025
0

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak ditemukan meninggal dunia di belakang Sutera Mall, Jalan Sutera Danga, di sini pagi tadi. Menurut...

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Next Post

Abby Abadi, Norman Hakim Sanding Sekali Lagi

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd