• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendirian Malaysia Isu Kemanusiaan Harus Dihormati

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Pendirian Malaysia berhubung isu kemanusiaan di peringkat antarabangsa perlu dihormati, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata sehubungan itu, rakyat Malaysia harus berterima kasih terhadap sikap tegas dan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan kelantangannya membawa isu itu di peringkat dunia.

“Datuk Seri Najib dalam lawatan kerjanya bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di White House baru-baru ini, beliau telah berikan komitmen untuk perjuangkan nasib etnik Rohingya, ia bukan disebabkan agama tetapi disebabkan kemanusiaan.

“Selain itu, semalam, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu juga menyatakan perkara sama… dan tiga hari lepas semasa berada di Manila, saya juga turut menyuarakan pandangan sama malah pendirian saya lebih tegas kerana etnik Rohingya mereka juga manusia seperti kita, mereka bukan binatang dan mereka patut dibela,” katanya dalam ucapan ketika majlis perasmian Program Ekspresi Negaraku peringkat negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Justeru, Ahmad Zahid berkata masyarakat juga harus mengenepikan sebarang perbezaan pendapat memandangkan isu kemanusiaan merupakan soal sejagat, demi bangsa dan negara.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan segala usaha yang dilakukan kerajaan persekutuan dan negeri adalah demi kesejahteraan generasi sekarang termasuk generasi akan datang.

Mengambil contoh isu kesihatan, beliau berkata kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak demi memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada pada tahap yang baik.

“Sebuah negara yang menuju ke arah negara maju seperti Malaysia, Datuk Seri Najib telah letakkan asas dan acuan berhubung perbelanjaan kesihatan rakyatnya… mana ada orang pergi hospital bayar RM1 ditambah lagi apabila isteri bersalin dikenakan bayaran yang rendah berbanding hospital swasta.

“Di peringkat negeri pula, kerajaan Negeri Sembilan telah menjadi antara negeri yang berjaya sediakan (dasar) perumahan rakyat yang terbaik,” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata rakyat hari ini mahu melihat apa yang dilakukan kerajaan dan bukannya hanya berpidato dan berretorik dengan perkataan indah semata-mata.  – BERNAMA

Tags: tpm
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd