• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adegan ‘Bercium’ Sebahagian Jalan Cerita

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari kebelakangan ini, media sosial dikecohkan dengan kontroversi babak ‘bercium’ antara Fattah Amin dengan Janna Nick.

Jumaat lalu, video pendek tersebut tersebar melalui aplikasi Insta Story yang dikongsikan oleh pelakon baru, Fara Mendoza yang datang ke lokasi pengambaran untuk melawat Janna.

Baca: Video Fattah ‘Cium’ Janna, Tersebar Di Instagram?

Semalam, Janna Nick menerusi Instagramnya telah meminta netizen untuk tidak melibatkan keluarganya dalam isu babak ‘bercium’ tersebut.

Lagi: Babak Cium Dirakam, Jangan Libat Ibu Bapa – Janna

Seorang jurukamera, Juo Azri yang terlibat dengan penggambaran drama itu juga telah memuat naik satu posting yang menunjukkan kedudukan sebenar kedua-dua pelakon itu sekaligus ‘mendiamkan’ mulut-mulut jahat yang nengatakan mereka bercium.

“Gambar yang menjadi kontroversi… ini pandangan daripada skrin kamera saya. Babak ini dibuat atas alasan untuk membuatkan Emma Maembong cemburu dan secara automatik menolak tawaran nenek Raykal (lakonan Fattah),” tulisnya di laman Instagram.

Menurut Azri, babak tersebut bukanlah babak yang bakal ditayangkan, sebaliknya pihak Astro akan memilih sendiri babak yang sepatutnya daripada beberapa versi yang lain.

“Kita ada dua versi, nanti Astro akan tentukan mana yang mereka akan pakai, kita tahu batas budaya kita, cuma tak faham kenapa ada orang sebarkan benda yang belum tentu kita siarkan.

“Kami di sini hanya buat apa yang perlu, sebenarnya foto ini tidak boleh dikeluarkan kerana masih lagi rancangan yang belum tentu ditayangkan,” katanya dipetik laporan mStar Online.

Pengarahnya, Michael Ang turut menyatakan jika dia mengetahui ada pihak yang ingin merakam adegan tersebut, sudah pasti dia menghalangnya.

Joe Azri juga menjelaskan bukan aksi dalam babak itu yang perlu difokuskan, tetapi dialog yang diutarakan kerana adegan tersebut merupakan babak yang lucu bukan romantis seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

“Saya tak tipu sebenarnya scene sangat kelakar sebab kita bukan highlights cium, tapi dialog antara Raykal dan Dani yang sangat mencuit hati.

“Dah siap nanti korang tengok hasil sebenarnya, korang tak akan fokus pon cium tu tapi dialog yang kelakar tu yang jadi perhatian. InshaAllah, tiada yang buruk yang kami buat untuk korang,” ujarnya.

Sudah pasti ramai netizen tidak sabar untuk menyaksikan drama ini lebih-lebih lagi adegan yang bagaimana yang dipilih Astro untuk babak tersebut.

Drama Coffee Prince ini turut dibintangi oleh Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira dan bakal ditayangkan November depan di saluran Astro Ria. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Tags: babak 'bercium'coffee princeFattah AminJanna Nick
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

Fattah, Fazura Bercerai Talak Satu

07/10/2024
0

SHAH ALAM: Selepas tujuh tahun, pasangan pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah...

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

Fazura Failkan Perceraian Terhadap Fattah Amin

13/09/2024
0

Kuala Lumpur: Aktres terkenal, Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd