• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Para ASEAN 2017 Ditutup, Malaysia Naib Juara

oleh
24/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 kali kesembilan bertemakan ‘Bangkit Bersama’ ditutup secara rasmi dalam majlis penuh gilang gemilang dan penuh bermakna.

Malaysia sebagai tuan rumah menamatkan saingan di tempat kedua dengan kutipan 90 pingat emas, 85 perak dan 83 gangsa manakala juara keseluruhan sah menjadi milik Indonesia dengan 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.

Tempat ketiga pula ialah Thailand. Kedudukan kali ini lebih baik berbanding ketika temasya sama di Singapura dua tahun lalu apabila kontinjen negara berada di tempat ketiga dengan hanya meraih 52 emas 58 perak dan 37 gangsa.

Malaysia ketika edisi kali kelapan itu di belakang Thailand selaku juara apabila mengumpul 95 emas, 76 perak dan 79 gangsa sementara Indonesia pula naib juara dengan kutipan 81 emas, 74 perak dan 63 gangsa.

Upacara penutupan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini Sabtu bermula dengan majlis mengalu-alukan tetamu jemputan serta ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Majlis kemudian disambung dengan nyanyian lagu Negaraku dan pengumuman perarakan masuk kontinjen 11 negara yang mengambil bahagian serta bendera Persekutuan Sukan Para ASEAN dan bendera edisi kesembilan.

Saat paling dinantikan ramai penonton ialah ketika maskot rasmi Kuala Lumpur 2017 dikenali sebagai RIMAU berarak masuk mengetuai barisan atlet para yang mengambil bahagian pada temasya edisi kali ini.

Maskot Para Rimau bersama wakil kontinjen negara berarak masuk ke dalam stadium pada upacara Perasmian Penutupan Sukan Para ASEAN Ke-9 Kuala Lumpur 2017 (APG KL2017) di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Seterusnya majlis memberi penghormatan kepada Presiden Majlis Paralimpik Malaysia yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola Persekutuan Sukan Para ASEAN, SM Nasaruddin SM Nasimuddin menyampaikan ucapan.

Presiden Persekutuan Sukan Para ASEAN, Mejar Jeneral Osoth Bhavilai turut menyampaikan ucapannya. Ahmad Zahid kemudian berucap ringkas mengisytiharkan Sukan Para ASEAN ke-9 ditutup secara rasmi.

Tumpuan penonton kembali terarah kepada obor temasya – yang melambangkan semangat kesukanan serantau; dipadamkan selepas seminggu dinyalakan sejak majlis perasmian temasya itu pada 17 September lalu.

SM Nasaruddin kemudian menyerahkan bendera kejohanan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebelum diserahkan pula kepada Osoth yang seterusnya menyerahkan kepada wakil Filipina.

Negara itu diwakili Presiden Jawatankuasa Paralimpik Filipina, Michael Barredo selaku tuan rumah temasya pada 2019. Sebaik selesai, lagu kebangsaan Filipina dimainkan selain upacara menaikkan bendera negara berkenaan.

Upacara penutupan dimeriahkan dengan persembahan penuh bertenaga bintang antarabangsa, Yuna yang menyanyikan enam buah lagu iaitu Falling, Best Love, Lights & Camera, Terukir di Bintang, Crush dan Rescue.

Majlis diteruskan dengan persembahan bunga api yang dipancarkan memenuhi stadium dan atlet diiringi keluar padang menandakan majlis penutupan selesai sepenuhnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Sukan Para ASEAN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Betul Ke Astro Bakal Lancar Radio Dakwah Islamiah?

Next Post

Adiwiraku Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-29

Related Posts

APSF Beri Indon Kebenaran Tuan Rumah Sukan Para ASEAN Tetapi Bersyarat

16/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Lembaga Gabenor (BoG) Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF) mengundi memihak kepada Indonesia untuk menjadi tuan rumah Sukan...

Penyerahan Insentif Atlet Kejohanan Sukan Para ASEAN

30/01/2018
0

MAJLIS Penyampaian Insentif Kepada Atlet Negeri Selangor Ke Kejohanan Sukan Para Asean Ke-9, Kuala Lumpur 2017 merupakan majlis yang dianjurkan...

Next Post

Adiwiraku Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-29

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd