• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Sesekali Terpengaruh Dakyah Pembangkang

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, perjuangan pembangkang yang ada di negeri ini hanya sekadar kelangsungan politik peribadi dan bukan untuk kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat khususnya di daerah Keningau agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah disebarkan oleh pihak pembangkang.

“Mereka sekadar merayu simpati kepada rakyat untuk politik peribadi. Oleh itu jangan sesekali terpangaruh dengan tipu helah mereka (pembangkang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Magatang, dekat sini hari ini.

Kurup yang juga anggota Parlimen Pensiangan berkata, rakyat perlu terus memberi sokongan kepada kerajaan BN.

“Hanya kerajaan BN yang terbukti meletakkan rakyat sebagai keutamaan. Begitu banyak pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan kepada rakyat, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya.

Sementara itu, Kurup berkata, masyarakat perlu meletakkan kemahiran sebagai agenda penting untuk melengkapkan diri bagi meningkatkan taraf hidup.

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat perlu merebut peluang untuk menambah ilmu kemahiran melalui pelbagai kursus, khususnya program yang disediakan oleh kerajaan.

“Sejak dulu, kerajaan sentiasa menyediakan pelbagai kemudahan, termasuk pelbagai kursus sebagai nilai tambah kepada rakyat untuk mendapatkan ilmu kemahiran.

“Oleh itu, kita perlu merebut peluang itu untuk meningkatkan kemahiran masing-masing dalam pelbagai bidang,” katanya. – BERNAMA

Tags: Barisan Nasional (BN)
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Dikompaun RM10,000 Kerana Melanggar SOP Fasa 4 PPN

28/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dikenakan kompaun RM10,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kerana melanggar SOP dengan menganjurkan majlis sosial...

Kerajaan Campuran BN-PAS Di 4 Negeri Akan Diperinci

18/03/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan penubuhan kerajaan campuran di antara Barisan Nasional (BN) dan PAS di empat buah negeri akan diteliti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd