• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump, Kim Saling Berbalas Serangan Lisan

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Perang lisan di antara Donald Trump dan Kim Jong-un, memuncak semalam apabila presiden itu menyifatkan pemimpin Korea Utara berkenaan sebagai ‘lelaki gila’, sehari selepas rejim itu memberi isyarat ia mungkin meletupkan bom hidrogen di Lautan Pasifik.

Beberapa jam sebelum itu, dalam serangan peribadi jarang dibuat, Kim menyasarkan Trump, menyifatkan beliau ‘menghadapi masalah mental’ dan ‘nyanyuk’ dan memberi amaran presiden itu akan membayar harga tinggi atas ancamannya memusnahkan Korea Utara jika dicabar.

Perang lisan itu berlaku sehari selepas Washington mengumumkan sekatan lebih ketat bertujuan mengekang program nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara, pada hujung ucapan Trump di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Dalam ucapan itu, Trump menggelar Kim sebagai ‘Lelaki Roket’ dan menyatakan beliau dalam misi membunuh diri.

“Kim Jong-Un dari Korea Utara, yang jelas gila tidak kisah membiarkan rakyatnya kebuluran atau membunuh mereka, akan diuji yang tidak pernah dilakukan sebelum ini,” kata Trump dalam akaun Twitter, awal semalam.

Kim turut menyelar Trump, berjanji akan ‘menjinakkan pemimpin AS yang ada masalah mental dan nyanyuk dengan api’ dalam ucapan yang dibacakan di televisyen oleh pembaca berita dengan imej Kim di mejanya.

Trump ‘menghina saya dan negara di depan mata dunia dan membuat perisytiharan perang paling ganas dalam sejarah, kata Kim, menurut agensi berita KCNA.

Russia dan China merayu kedua-dua negara menamatkan retorik masing-masing dan Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, ia seperti ‘pergaduhan antara kanak-kanak tadika’. – AFP

Tags: Amerika SyarikatKim Jong-unKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd