• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beckham Anggap Peminat Bagai Keluarga Sendiri

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Artis, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penantian lebih lima jam kira-kira 2,000 peminat untuk melihat kelibat David Beckham di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berbaloi apabila dapat bertentang mata dengan personaliti bola sepak dunia itu, petang ini.

Bekas pemain Manchester United dan Real Madrid itu mengakui terharu dapat bertemu penyokong setia yang disifatkannya seperti keluarga sendiri di setiap destinasi disinggahi.

“Anda semua penyokong yang sangat menakjubkan. Pertemuan seumpama ini bagai perhimpunan keluarga. Ia sangat menyeronokkan, saya berasa sangat bertuah.

“Sukar digambarkan perasaan ini apabila bertemu ramai individu hebat seperti anda dan menerima layanan hangat yang juga tanda kehadiran saya dialu-alukan,” katanya ketika tampil di pentas KLCC.

David Beckham (kanan) di AIA Vitality Wellness Festival di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. – Foto BH.

Beckham, 42, diterbangkan AIA Malaysia ke ibu kota sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival yang meraikan kerjasama kedua-dua pihak dalam menggerakkan kempen gaya hidup sihat di rantau ini.

Acara sehari itu diisi aktiviti kecergasan yang turut menawarkan pelbagai ganjaran dan kemuncaknya adalah kemunculan bintang tersohor dunia sukan berkenaan.

Beckham yang dalam rangka promosi di Asia selaku Duta Global AIA, terlebih dulu singgah di Hong Kong, Korea Selatan dan Singapura sebelum Malaysia yang menjadi destinasi terakhir.

Suami kepada Victoria atau Posh Spice itu dilantik sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu.

Ia bukan kunjungan pertamanya ke ibu negara kerana pada November 2014, beliau turut menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.

Sementara itu, kemunculan Beckham yang tampak segak mengenakan sut membuatkan penonton bersorak, malah perbualannya sepanjang setengah jam di pentas turut menyerlahkan sikap bapa penyayang apabila tidak lekang berkongsi perihal anak-anaknya.

Bersama bekas anggota Spice Girls yang dikahwininya pada 1999 itu, beliau dikurniakan empat cahaya mata, iaitu Brooklyn, Romeo James, Harper Seven dan Cruz Beckham. – BH Online

Tags: bintang bola sepakDavid Beckham
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harper Seven Beckham ‘Kembar’ Anna Wintour

20/02/2019
0

ANAK bongsu pasangan David dan Victoria Beckham mencuri tumpuan ramai sewaktu mereka sekeluarga ke pertunjukan fesyen. Harper, 7, kelihatan comel...

TMJ Bersama Beckham, Ozil Saksikan Perlawanan Arsenal-Tottenham Hotspur

20/12/2018
0

PETALING JAYA - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkesempatan menyaksikan perlawanan bola sepak di Stadium Emirates, London...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd