• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Para KL2017: Abdul Latif Raih Emas, Lakar hatrik

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Juara dunia, Abdul Latif Romly menunjukkan belang di laman sendiri setelah berjaya mempertahankan pingat emas dalam acara lompat jauh lelaki T20 untuk kali ketiga berturut-turut pada Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017  di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu melakukan lompatan sejauh 7.41 meter pada percubaan pertama dan catatan berkenaan hanya 0.02 meter daripada jarak yang dilakukannya iaitu 7.43 meter pada edisi 2015 di Singapura yang masih kekal sebagai rekod temasya.

Atlet Singapura, Suhairi Suhani membawa pulang pingat perak selepas mencatat 6.85 meter manakala seorang lagi wakil negara, Zulkifly Abdullah terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa setelah melakukan lompatan sejauh 6.51 meter.

Kejayaan tersebut menyaksikan Abdul Latif mengekalkan pingat emas dalam acara sama sejak edisi 2014 di Naypyidaw, Myanmar.

Abdul Latif yang ditemui pemberita berpuas hati dengan kejayaan yang diraih sambil berterima kasih kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan isteri, Nori Abdullah yang hadir untuk memberikan sokongan kepadanya.

“Saya sangat gembira dan terkejut kerana ramai yang memberikan sokongan kepada saya terutamanya Raja Muda Perlis dan ia menaikkan semangat saya untuk mempamerkan aksi terbaik di laman sendiri.

“Emas ini untuk keluarga  saya yang sanggup  datang dari Perlis semata-mata bagi memberikan sokongan kepada saya pada hari ini,” jelas  Abdul Latif.

Olahragawan Kebangsaan 2016 itu memaklumkan, beliau akan berehat selama dua minggu selepas ini sebelum kembali meneruskan latihan intensif bagi menghadapi Sukan Para Asia 2018 di Indonesia dengan sasaran untuk mempertahankan emas yang dimenangi pada edisi 2014 di Incheon, Korea Selatan. – Bernama

Tags: Abdul Latif RomlyemasPara KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

Lesen Khas Mendulang Emas Buat Rakyat Kelantan

10/11/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan membenarkan rakyat negeri ini untuk mengusahakan perlombongan emas secara sah melalui kaedah mendulang. Timbalan Menteri...

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

Harga Emas Dijangka Naik 10 Peratus Menjelang Oktober

08/08/2025
0

KUALA LUMPUR - Harga emas diunjurkan terus naik sebanyak 10 peratus lagi pada September daripada paras semasa didorong oleh jangkaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd