• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skim Projek Perumahan Boy Iman Tidak Ada Lesen

oleh
24/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SKIM perumahan DBI Properties yang dimiliki oleh bekas pelakon, Boy Iman sebenarnya tidak pernah dilesenkan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1996 atau kini dikenali dengan Akta 118.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menerusi kenyataan di laman Facebook miliknya, pada Khamis berkata, projek itu sama sekali tidak melindungi hak pembeli dan urusan penjualan pula tidak terjamin.

“Saya nasihatkan semua pihak yang terlibat menyelesaikan isu ini mengikut undang-undang kerana saya percaya pasti ada perjanjian atau kontrak telah dibuat antara pembeli dan syarikat DBI Properties atau membuat laporan kepada polis dan KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan),” katanya.

Sebelum ini, isu projek perumahan mini banglo yang diperkenalkan oleh Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abd. Rahman menjadi kontroversi apabila orang ramai yang membuat pembayaran untuk memiliki rumah berkenaan membuat aduan kepada pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas berasa ditipu.

Baca: Boy Iman ‘Cuak’ Kena Serang PPIM Isu Jual Rumah?

Difahamkan, skim tersebut mendapat penghormatan sewaktu Noh hadir memberi ucapan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pelakon berkenaan pada Hari Raya lalu.

Bagaimanapun, Noh amat terkejut kerana dikaitkan dengan skim perumahan tersebut dan memberitahu beliau sememangnya tiada kaitan langsung dengan syarikat Boy Iman itu.

Video yang tular ketika kehadiran beliau dalam majlis itu sebenarnya bukanlah sebuah program rasmi.

“Sebelum balik saya telah diminta oleh Dato Boy Iman untuk merasmikan ibu pejabat DBI Properties dan diminta untuk memberi ucapan,” katanya dipetik mStar Online.

Menurut Noh lagi, skim itu sememangnya tidak melindungi hak pembeli dan beliau telah menggesa Jabatan Perumahan Negara agar mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu berkenaan.

“Saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan skim ini ataupun mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dengan model perniagaan seperti ini.

“Saya juga telah mengarahkan supaya Jabatan Perumahan Negara mengambil tindakan sewajarnya,” jelas Noh.

Sementara itu, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh terus berurusan dengan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perumahan Negara di talian 03-88914355 atau 03-88914356. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Boy ImanTan Sri Noh Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Farid Kamil, Boy Iman Ditarik Balik Gelaran Datuk

10/02/2021
0

KUANTAN - Pelakon, Farid Kamil Zahari dan Boy Iman atau Noruliman A Rahman antara lima individu yang ditarik balik gelaran...

MED Nafi Terlibat Dalam Program Boy Iman

24/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) hari ini menafikan penglibatan dalam program Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn. Bhd....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd