• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agong Hadiri Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan doa selamat sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan 2017/1439 Hijrah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 7.30 malam itu disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dan beberapa anggota perwakilan asing.

Majlis yang dipimpin Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, itu dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1438 Hijrah dan doa awal tahun 1439 Hijrah, sebelum diteruskan dengan solat Maghrib dan diikuti bacaan Yasin, tahlil, doa selamat dan solat Isyak berjemaah. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan AgongYasin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Zahid, Onn Hafiz

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid...

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

Yang di-Pertuan Agong Titah Kerajaan Beri Keutamaan Perolehan Peralatan Pertahanan Berteknologi Terkini

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi. Seri Paduka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd