• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noor Aziah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia, Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1439H/2017M Negeri Sembilan sempena sambutan Maal Hijrah di sini, hari ini.

Penyampaian hadiah dan cenderahati disampaikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Masjid Negeri di sini.

Penganugerahan itu sekali gus menjadikan beliau sebagai wanita pertama yang menerima anugerah itu di Negeri Sembilan.

Noor Aziah, yang juga Profesor Undang-undang Keluarga, Wanita dan Kanak-kanak Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dilahirkan pada 23 Mei 1961 di Nilai dan merupakan anak ketujuh daripada lapan beradik.

Beliau menzahirkan rasa syukur atas penganugerahan itu meskipun apa yang dilakukannya selama ini atas faktor kerjaya.

Noor Aziah berkata walaupun ibunya seorang yang buta huruf, ia bukanlah penghalang buat orang tuanya untuk memberikan beliau pendidikan.

“Ayah saya adalah seorang imam manakala ibu saya suri rumah tetapi dia adalah seorang yang buta huruf. Meskipun begitu, ia bukanlah halangan untuk kedua orang tua saya untuk memberikan saya pendidikan yang terbaik.

“Tanpa mereka juga tidaklah saya di sini hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 1439H/2017M).

Beliau berkata penghargaan ini menjadi satu tanggungjawab dan perangsang untuk beliau meneruskan usaha dalam bidang yang diceburinya.

“Saya juga ketika ini dalam proses untuk menganjurkan Anugerah Keluarga Mithali di bawah Yadim dan dijangka akan dibuat pada November ini,” katanya.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Mufti Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad. – Bernama

Tags: Negeri SembilanTokoh Maal Hijrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

Sambutan Ceramah Perdana Di Paroi Luar Biasa – Pemimpin PH

07/05/2026
0

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menyifatkan Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH Negeri Sembilan di Paroi malam tadi sebagai...

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

Pakatan Harapan Tetap Hala Tuju PRU16, Anwar PM Penggal Kedua

07/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (PH) akan terus memperkukuhkan kedudukan gabungan itu bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd