• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Besar Al-Azhar Dijemput Lawat Malaysia

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia telah menjemput Iman Besar Al Azhar Al Sharif, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb untuk mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Beliau juga bakal menghadiri sesi ketujuh Persidangan Antarabangsa Graduan Al Azhar di Kuala Lumpur, bulan depan kata Wisma Putra, dalam kenyataan malam tadi.

Surat jemputan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Dr. Ahmed disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Ia diserahkan semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Sheikh Al Azhar Al Sharif, Dr Abbas Shuman di Kaherah, Rabu. Persidangan tersebut akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak telah membincangkan hubungan dalam bidang pendidikan antara Malaysia dan institusi Al Azhar yang telah terjalin sekian lama, justeru menjadi antara pemangkin utama dalam mengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.

Kenyataan itu menyebut timbalan menteri luar itu menyatakan penghargaan di atas peluang pengajian yang disediakan kepada sejumlah besar pelajar Malaysia di institusi Al Azhar sejak tahun 1940-an.

Selain itu, Reezal Merican turut memohon pihak Universiti Al Azhar meneliti isu visa untuk pelajar Malaysia di Pusat Bahasa Arab (Markaz Lughah) sebelum memulakan pengajian di universiti berkenaan.

Pada masa ini, seramai 11,102 pelajar Malaysia sedang menuntut di Mesir dalam bidang pengajian Islam, perubatan dan pergigian dengan 7,570 daripada mereka di Universiti Al Azhar. – BERNAMA

Tags: al-azharimam besar Al-Alzhar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Al-Azhar Keluar Fatwa Harus Tangguh Solat Jumaat

16/03/2020
0

KAHERAH - Majlis Ulama Kanan Al-Azhar pada Ahad meluluskan fatwa harus menangguhkan solat Jumaat, termasuklah solat berjemaah di masjid, jika...

Imam Besar Al-Azhar Bertemu Pope

08/11/2017
0

ROM - Imam Besar Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, antara institusi Islam tersohor dunia, bertemu Pope Francis, di sini, semalam dan bertekad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd