• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setuju Garis Panduan Ujian Perubatan Herba

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR— Kementerian Kesihatan bersetuju untuk memperkenalkan garis panduan bagi ujian klinikal perubatan herba tahun depan, kata timbalan menteri berkenaan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Bagaimanapun, beliau berkata, garis panduan itu hanya akan dilaksanakan apabila kajian mendalam dan perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan mengenai perkara itu selesai.

“Jika kita meneliti peraturan di bawah Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat, kos bagi hanya satu ujian perubatan herba boleh mencecah hingga berjuta-juta ringgit,dan ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum satu ujian dapat disiapkan kerana proses ketat perlu dipatuhi di bawah FDA.

“Sebab itulah, semasa mesyuarat majlis, kita memutuskan bahawa Malaysia perlu mempunyai garis panduannya sendiri supaya kita boleh mengurangkan kos dan memendekkan masa dalam menghasilkan ubat-ubatan herba,” kata beliau selepas menutup Pameran Perdagangan dan Persidangan Herba Asia 2017, di sini hari ini.

Dr Hilmi berkata perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat majlis yang ditubuhkan di bawah Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016, kerana garis panduan sedia ada mengenai ujian klinikal perubatan herba adalah berdasarkan FDA.

Terdahulu, dalam ucaptamanya, Dr Hilmi menarik perhatian bahawa perubatan herba perlu dibangunkan sebagai industri seperti industri pelancongan perubatan dan boleh mencatatkan pertumbuhan dua angka setiap tahun.

Beliau berkata, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) juga boleh memainkan peranan penting dalam membangunkan jenama herba tempatan dan global.

“Industri herba Malaysia mempunyai potensi besar bagi pertumbuhan kerana kita mempunyai kira-kira 20,000 spesies tumbuh-tumbuhan herba dan kira-kira 2,000 daripada spesies itu mempunyai nilai farmaseutikal,” kata beliau.

Persidangan dua hari itu bertemakan “Towards A Sustainable Marketplace: Herbal Product Innovation, Natural Cosmetic and Halal Ingredient the Growing Industry’, diadakan untuk mempromosikan acara-acara berkaitan herba termasuk sesi pemadanan perniagaan, persidangan herba dan program herba Asia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Hilmi Umum Letak Semua Jawatan UMNO Dan BN

20/05/2018
0

GEORGE TOWN - Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya meletak semua jawatannya dalam UMNO dan Barisan...

Hilmi Kesal Tun M Diperalat DAP Tarik Undi Melayu

04/05/2018
0

GEORGE TOWN - Calon Barisan Nasional (BN) parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya hari ini melahirkan rasa kesal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd