• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Lelaki Dibunuh Terlentang Di Perhentian Bas

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh, dijumpai dalam keadaan terlentang oleh orang awam di sebuah perhentian bas di Jalan Persiaran Sungai Danga, Nusa Bistari, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata hasil pemeriksaan awal mendapati mayat lelaki berkenaan dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an dan seorang warganegara berdasarkan penemuan parut suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) pada lengan mangsa.

“Pada pukul 7.50 pagi tadi, Balai Polis Bukit Indah telah menerima panggilan awam berkenaan penemuan satu mayat yang terbaring di sebuah perhentian bas di kawasan Nusa Bistari. Apabila tiba di lokasi, kita menemukan mayat seorang lelaki yang berada dalam keadaan terlentang dan memakai baju berwarna oren dan seluar pendek corak kotak,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Hasil pemeriksaan ke atas mayat tersebut turut mendapati terdapat kesan luka dan cedera di bahagian belakang kepala mangsa, kata Noor Hashim.

“Kita syaki mangsa telah dipukul berdasarkan penemuan luka di bahagian belakang kepala tetapi punca sebenar hanya akan diketahui selepas laporan bedah siasat dikeluarkan oleh pihak forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA),” jelasnya.

Selain itu, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa, yang ditemui kira-kira 20 meter dari kawasan perumahan, tambahnya lagi.

Menurut Noor Hashim, semakan terhadap balai polis lain juga tidak menerima sebarang laporan mengenai orang hilang dan pihaknya masih sedang menjalankan siasatan di kawasan kejadian.

“Kita sedang periksa sekiranya ada kamera litar tertutup di kawasan berkenaan kerana kita percaya mayat ini berasal dari kawasan lain dan sengaja diletakkan di kawasan ini,” kata Noor Hashim yang menambah kejadian berlaku antara lewat malam atau awal pagi tadi kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang sibuk.

Katanya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri atau mana-mana balai polis terdekat. – BERNAMA

Tags: ACP Noor Hashim Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Rakan Serumah, Empat Lelaki Ditahan

04/10/2017
0

JOHOR BAHRU - Empat sekawan ditahan polis berikutan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh di sebuah perhentian bas di Jalan...

Bapa, Anak Warga Australia Maut Dalam Kemalangan

18/05/2017
0

JOHOR BAHRU - Pasangan bapa dan anak warga Australia maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebuah kenderaan lain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd