• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Terhadap Ibu Bapa Suspek Kebakaran Tahfiz

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata tindakan akan diambil terhadap ibu bapa suspek kes kebakaran pusat tahfiz pada Khamis lepas yang meragut nyawa 23 orang.

Beliau berkata tindakan itu termaktub di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) sekiranya terdapat unsur pengabaian terhadap anak mereka.

“Saya selalu mengingatkan ibu bapa jangan main-main dengan isu pengabaian kanak-kanak… sepatutnya mereka mengambil tahu pergerakan anak-anak… bila waktu sepatutnya mereka berada di rumah dan jika tiada, di mana mereka berada.

“Sudah tiba masanya kita mengguna pakai akta itu. Maka tunggulah tindakan akan kita ambil terhadap ibu bapa tersebut melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga polis,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ziarah Kasih Azizah bersempena Bulan Kebajikan Masyarakat peringkat negeri di sini, hari ini.

Tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan kejadian kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu.

Azizah berkata berkata tindakan berkenaan bukan sahaja sebagai pengajaran kepada ibu bapa tentang tanggungjawab mereka terhadap anak-anak malah bagi melindungi golongan sasar berkenaan daripada diabaikan.

Katanya buat masa sekarang pihaknya tidak akan membuat sebarang tindakan bagi memberikan laluan sepenuhnya kepada pihak polis melakukan siasatan terperinci terhadap kes itu, namun sedang berbincang dengan pelbagai pihak bagi menentukan bentuk tindakan wajar yang perlu diambil terhadap ibu bapa terlibat.

Sementara itu, katanya insiden kebakaran pusat tahfiz tersebut membuka mata ramai pihak tentang tanggungjawab yang perlu digalas dalam pembentukan masyarakat negara ini khususnya ibu bapa dan komuniti setempat bagi memastikan ia tidak berulang.

“Kita semua marah apabila kejadian ini berlaku kerana ia menyebabkan ramai anak-anak terkorban tetapi kita juga perlu lihat bahawa kejadian ini boleh dielakkan sekiranya semua lapisan masyarakat dan ibu bapa memainkan peranan mereka dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian sentiasa memastikan kumpulan sasar antaranya warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya dan mangsa bencana mendapat bantuan yang diperlukan menerusi program ‘cari dan bantu’.

Katanya program berkenaan bukan sahaja membantu masyarakat yang memerlukan bantuan JKM malah ia membantu pihak kementerian mengenal pasti golongan sasar yang terlepas pandang agensi lain. – BERNAMA

Tags: Datuk Azizah Mohd Dunkebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd