• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,500 Peserta Akan Lafaz IBR Selasa Depan

oleh AK-47
21/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seramai 1,500 peserta terdiri daripada agensi awam dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan melafaz dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam Majlis IBR Perdana pada Program Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah di Sungai Petani Selasa depan.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata pelaksanaan ikrar itu diadakan bersempena sambutan Jubli Emas Ulang tahun Ke-50 SPRM dan Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 (KEJAR’17) peringkat negeri.

“Selain itu, turut diadakan adalah Program ‘Integrity Fun Ride’ yang menyasarkan lebih 500 peserta. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti kemasyarakatan turut diadakan di Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

“Antaranya adalah pertandingan melukis mural bertemakan ‘Sehati Sejiwa Memerangi Rasuah’ yang akan disertai oleh pelajar dan anggota Sekretariat Pencegahan Rasuah dari pelbagai IPT (institut pengajian tinggi),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata penganjuran Program Sehati Sejiwa Memerangai Rasuah bertujuan mendekati rakyat di semua peringkat secara langsung selain mewujudkan jalinan kerjasama antara suruhanjaya itu dengan kerajaan negeri Kedah serta pelbagai jabatan dan agensi kerajaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Fauzi Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tingkat Pemantauan Anggota Penguat Kuasa

23/10/2017
0

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah akan meningkatkan pemantauan dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa di pintu...

SPRM Masih Siasat Kes Ah Long Rasuah Polis

13/07/2017
0

ALOR SETAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menolak dakwaan pihaknya menutup siasatan terhadap kes cubaan dua ‘ah long’ merasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd