• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Boy Iman ‘Cuak’ Kena Serang PPIM Isu Jual Rumah?

oleh
21/09/2017
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TULAR menerusi media sosial sejak semalam apabila seorang bekas pelakon era 1990-an ‘diserang’ ratusan pembeli rumah yang dikatakan telah ditipu.

Menerusi video itu, aktor dikenali sebagai Boy Iman atau nama sebenarnya, Datuk Norul Iman Abdul Rahman dilihat sedikit cuak pada raut wajah apabila mula diajukan soalan berkaitan isu projek banglo mini gagal disiapkan.

Dalam video berdurasi hampir dua jam itu memaparkan Boy Iman dikelilingi oleh mangsa penipuan dan juga pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang dikatakan menjadi ‘orang tengah’ kepada pembeli terbabit.

Menurut laporan beberapa portal, insiden itu bermula apabila mangsa dikatakan membeli rumah menerusi Boy Iman selaku bekas ejen pemasaran kepada DBI Properties ketika projek ini dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Namun, projek tersebut dikatakan menemui kegagalan dan mangsa yang tertipu dilihat amat marah.

Susulan itu, mangsa diiringi pihak PPIM disertai Ketua Unit Tindakan Khas, Yusuf Azmi bergerak ke pejabat Juta Kelulut di Setapak, Kuala Lumpur bagi menjejaki pihak yang seharusnya bertanggungjawab keatas kes tersebut.

Ketika ini dapat dilihat Boy Iman seolah-olah cuba ‘melepas tangan’ dengan mendakwa kononnya wakil syarikat tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Anggun boleh menyelesaikan masalah mereka.

Bagaimanapun, suasana tenang di perkarangan pejabat pemaju kemudian bertukar menjadi kecoh apabila mangsa penipuan itu menjerit dengan kuat bagi meminta penjelasan lanjut.

Jelas Anggun pula, beliau hanya bertindak sebagai ejen dan telah menyerahkan semua wang yang dikutip kepada pihak lain.

Tambahnya lagi, beliau menerangkan kepada mangsa di mana beliau hanya menerima RM6 juta untuk kos pembelian peralatan pembinaan.

Beliau kemudian turut menyebut pula nama dua lagi individu lain yang bertanggungjawab ke atas wang tersebut.

Dalam perkembangan lain ketika sidang media bersama pihak PPIM, Boy Iman mendakwa dirinya telah ditipu oleh syarikat berkenaan.

Manakala Yusuf pula memberitahu bahawa PPIM telah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes berkenaan kerana aduan telah dibuat.

Namun sehingga kini, pihak PDRM dilihat tidak memberi sebarang maklum balas terhadap aduan berkenaan.

Setakat ini, syarikat pemaju mini banglo itu dikatakan masih lagi belum memberi sebarang kenyataan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: PPIMYusuf Azmi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yusuf Azmi: Surau Pun Pernah Kena Roboh Tiada Kelulusan 

Yusuf Azmi: Surau Pun Pernah Kena Roboh Tiada Kelulusan 

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Yusuf Azmi, menegaskan bahawa isu perobohan rumah ibadat tidak wajar dilihat dari sudut...

Yusof Azmi: Jangan Tunggu 5 Tahun, Terus Lapor Jika Rumah Ibadat Tiada Kelulusan

Yusof Azmi: Jangan Tunggu 5 Tahun, Terus Lapor Jika Rumah Ibadat Tiada Kelulusan

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Masyarakat perlu membuat aduan segera kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya mendapati terdapat kerja-kerja membina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd