• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bina Sekolah Khas Untuk Pelajar Bermasalah – MCCF

oleh Ahmad Albab
20/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

​​​​​KUALA LUMPUR – Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sekolah pemulihan khas untuk pelajar bermasalah.

Pengerusinya Halim Ishak berkata sekolah yang dimaksudkan bukan seperti sekolah untuk pelajar yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Juvana, sebaliknya adalah untuk pelajar yang bermasalah seperti sering ponteng dan melanggar disiplin sekolah.

“Ada golongan pelajar yang nakal dan mengalami masalah disiplin di sekolah dan tidak ke sekolah, tapi mereka tidak lagi sampai tahap melakukan jenayah.

“Mereka ini perlu diasingkan dengan pelajar lain di sekolah khas untuk pemulihan awal. Pencegahan peringkat awal di sekolah khas mungkin boleh membantu dan menyelamat mereka dari terdedah dengan pengaruh negatif yang lebih serius di luar sekolah,” katanya kepada Bernama.

Cadangan itu dibuat susulan tindakan tujuh orang remaja tercicir yang dilapor membakar sebuah pusat tahfiz di sini sehingga mengorbankan 21 pelajar dan dua guru pusat tersebut Khamis lepas.

Halim berkata China antara negara yang telah memperkenalkan sekolah khas seperti itu untuk menangani masalah pelajar ponteng kerana ketagih permainan video dan internet. – BERNAMA

Tags: pelajarSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd