• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Sukar TRW Menentang JDT Esok – Zahasmi

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail mengakui pertemuan menentang pasukan Johor Darul Ta’zim esok, adalah perlawanan sukar bagi pasukannya dalam misi tidak boleh tewas pada tiga perlawanan terakhir Liga Super bagi mengelakkan pasukannya tersingkir ke Liga Perdana musim depan.

Zahasmi berkata perlawanan itu lebih sukar apabila pasukannya terpaksa bermain dalam suasana pasukan tuan rumah (JDT) bakal menjulang Piala Liga Super musim ini di gelanggang sendiri di Stadium Larkin, Johor.

“JDT sudah pasti akan menurunkan pemain terbaik kerana mereka tidak mahu merosakkan malam gemilang mereka malam esok dengan kekalahan walaupun keputusan tewas tidak memberi kesan kepada mereka untuk muncul juara, sedangkan kami mahu kemenangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelantan kini berada pada kedudukan kesembilan dalam Liga Super dengan 18 mata selepas 19 perlawanan hasil daripada enam kemenangan, tiga seri dan sepuluh kekalahan dan memerlukan kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka untuk terus kekal dalam Liga Super.

Beliau berkata tugas pasukannya itu bertambah sukar apabila terpaksa kehilangan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan selain ada yang bermain untuk Piala Presiden.

“Kami kehilangan Ketua Pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi akibat kecederaan, dua pemain muda iaitu Mohd Danial Ashraf Abdullah dan Mohd Azwan Aripin pula mempunyai tugas penting bersama pasukan Piala Presiden untuk perlawanan suku akhir,” katanya.

Beliau berkata pasukannya akan mencuba sedaya upaya mencari mata pada perlawanan malam esok sekurang-kurang keputusan seri.

“Mungkin pemain kami mendapat suntikan semangat dan bermotivasi di bawah pengurusan kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) ketika ini yang diterajui Bibi Ramjani Ilias Khan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ketua Jurulatih Kelantan Zahasmi Ismail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd