• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Guna Laman Sosial Punca Jenayah Seks Budak

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Salah guna laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan WeChat dikenal pasti sebagai salah satu punca berlakunya jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rafidah Abdul Aziz berkata golongan remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dilihat sebagai golongan yang paling berisiko kerana pada peringkat sekolah rendah mereka disifatkan masih mendengar nasihat ibu bapa.

“Justeru itu setiap individu perlu mempunyai pengetahuan mengenai langkah-langkah pencegahan dan cara mengendalikan situasi jenayah berkenaan.

“Isu jenayah seksual membabitkan kanak-kanak perlu ditangani segera dengan mengadakan pelbagai pendekatan dan kaedah yang dapat menimbulkan kesedaran orang ramai dalam memerangi gejala jenayah terbabit,” katanya kepada pemberita pada Diskusi Jenayah Seksual Kanak-kanak: Isu dan Cabaran yang berlangsung di Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka di sini hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar yang juga Pengerusi Biro Wanita Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Turut hadir sebagai panel, Pegawai Penyiasat Cawangan D11 JSK Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Inspektor Suhaila Abd Razak.

Beliau berkata pelaksanaan pelbagai program mengenai penjelasan jenayah seksual kanak-kanak pada peringkat daerah dan negeri secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang isu berkenaan,” katanya.

Rafidah berkata kerajaan menerusi agensi yang berkaitan sentiasa proaktif dan komited dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak di negara ini terjamin.

“Daripada statistik JKM jumlah kes jenayah kanak-kanak di negara ini tahun lepas meningkat kepada 1, 034 kes berbanding 978 kes pada tahun sebelumnya.”Bagaimanapun, kes jenayah kanak-kanak terbabit menurun pada tahun 2014 iaitu sebanyak 984 kes berbanding 1,093 kes pada tahun sebelumnya (2013),” katanya.

Sementara itu, Suhaila berkata ibu bapa dinasihatkan agar sentiasa memantau dan mengawal pergerakan anak mereka dengan tidak membiarkannya bersendirian hingga membuka peluang dan ruang kepada pelaku jenayah.

“Kita kena sentiasa berwaspada. Jangan biarkan kanak-kanak bersendirian kerana mereka masih belum dapat membezakan sekiranya ada individu yang berniat jahat terhadap mereka.

Katanya kesedaran dan tindakan kolektif daripada semua pihak amat penting dalam menangani dan membanteras jenayah seksual kanak-kanak dengan lebih berkesan agar tidak menyumbang kepada peningkatan peratusan mangsa jenayah seksual di negara ini. – BERNAMA

Tags: Rafidah Abdul Aziz
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Saya Mahu Sertai PPBM – Rafidah

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas orang kuat UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan hasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)....

Tidak Salah Rafidah Kritik PH – Anwar

10/10/2018
0

PORT DICKSON - Tindakan Tan Sri Rafidah Aziz menyelar pemimpin Pakatan Harapan (PH) kerana gagal mengotakan janji dan dibelenggu manifesto...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd