• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Kerja Jadikan Pulau Bum Bum Daerah Kecil Siap

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPORNA – Kertas kerja bagi menaiktaraf Pulau Bum Bum sebagai daerah kecil telah disiapkan dan sedia untuk dikemukakan ke kabinet negeri, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Ramlee Marahaban.

Beliau yang juga anggota dewan undangan negeri Bugaya berkata perkembangan usaha tersebut sebagai formaliti mendapatkan pengisyhtiharan meskipun Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman secara prinsipnya bersetuju mengenai cadangan untuk pulau itu.

“Saya dimaklumkan oleh Unit Perancang Ekonomi bahawa kertas kerja tersebut akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri negeri pada minggu hadapan,” katanya.

Ramlee yang juga Timbalan Ketua Penerangan Umno Sabah berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemimpin bersama Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sumandi di Pulau Sumandi di sini.

Beliau berkata, struktur perjawatan untuk daerah kecil pulau Bum Bum turut disediakan.

Katanya, pengisytiharan Pulau Bum Bum sebagai daerah kecil akan memberi impak positif termasuk aspek ekonomi dan sosio-budaya masyarakat di pulau tersebut.

Sementara itu, Ramlee berkata isu tanah di kawasan PDM Sumandi termasuk Kampung Tandoan akan diteliti sebelum berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk 1,000 penduduk di kawasan berkenaan.

Terdahulu pada majlis itu, Ramlee yang bertutur dalam bahasa Bajau turut menyakinkan masyarakat bahawa kerajaan Barisan Nasional ditunjangi UMNO komited membantu rakyat menyelesaikan masalah serta terus membangunkan Semporna. – BERNAMA

Tags: Datuk Ramlee Marahaban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Tak Masuk Akal Hapus GST” – Ramlee Marahaban

14/03/2018
0

SEMPORNA - Cadangan Pakatan Harapan untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka menang pilihan raya umum ke-14 disifatkan...

UMNO Sabah Tak Gentar Pendekatan Pembangkang

20/09/2017
0

SEMPORNA - UMNO Sabah tidak peduli dengan pendekatan parti pembangkang dalam meraih sokongan pengundi di negeri ini termasuk membuka cawangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd