• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

562 Produk Kesihatan Terlarang Lebih RM1.44 Juta

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kesihatan Melaka merampas 562 produk kesihatan terlarang termasuk produk tradisional tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi bernilai lebih RM1.44 juta sejak Januari hingga Ogos lepas.

Pengarah Kesihatan Melaka, Datuk Dr. Ghazali Othman berkata produk terbabit dikesan dijual secara haram kerana tidak didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan.

“Sebanyak 221 rampasan adalah produk tradisional yang tidak berdaftar dan dicemari racun seperti perangsang seks, pelangsing badan dan penahan sakit bernilai lebih RM1.25 juta.

“Manakala 122 rampasan membabitkan produk kosmetik yang tidak bernotifikasi selain dicemari racun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri bernilai RM108,021, sementara 219 lagi atas kesalahan lain,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 7(1)(a) dan 18A Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang dibuat di bawah Akta Jualan Dadah 1952 kerana kesalahan di bawah Peraturan 30(1), peraturan sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

“Jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan kedua,” katanya.

Ghazali berkata sehubungan rampasan yang dijalankan di ketiga-tiga daerah di negeri ini, pihaknya telah membuka sebanyak 33 kertas siasatan; 18 daripadanya sudah dihadapkan ke mahkamah membabitkan pelbagai kesalahan.

Dalam pada itu, beliau berkata Jabatan Kesihatan Melaka menggalakkan masyarakat memanfaatkan aplikasi Pharmacy Melaka-Malaysia Enforcement (PharMEL) Blacklist yang dilancarkan menerusi telefon pintar.

Beliau berkata melalui aplikasi itu, pengguna boleh menyemak label Hologram Meditag dan nombor pendaftaran atau nombor notifikasi produk yang hendak dibeli bagi memastikan kesahihan kandungan bahan yang terdapat dalam setiap produk.

Menurut beliau inovasi proses semakan maklumat produk kesihatan itu membolehkan pengguna memperolehi maklumat produk dengan mudah, cepat dan tepat yang kini menyenaraikan lebih 900 produk kesihatan dan kecantikan.

“Setakat ini lebih 7,000 pengguna memanfaatkannya. Aplikasi ini membolehkan pengguna membuat semakan nama produk, gambar produk, pengilang, racun yang dikesan, semakan status dan saluran aduan,” katanya.

Katanya, pengguna diingatkan agar bertindak bijak dalam urusan jual beli terutama produk kesihatan terlarang yang boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan tubuh badan selain masalah kulit bagi produk kecantikan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Ghazali Othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak Dipercayai Mengidap Penyakit Anjing Gila

14/07/2017
0

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dimasukkan ke Hospital Melaka pada Rabu lepas kerana dipercayai mengidap penyakit anjing gila. Pengarah...

Elak Penularan Wabak Penyakit Pasca Banjir

04/07/2017
0

MELAKA - Orang ramai yang tinggal di kawasan yang berisiko dilanda banjir diminta agar menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd