• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Berjuang Di Bawah Pengaruh Alkohol?

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP kini berjuang di bawah pengaruh alkohol ke?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh salah seorang pemimpin pusat PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada DAP.

Ia berikutan beberapa pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas supaya penganjuran pesta arak di ibu negara dibenarkan.

Nik Mohamad Abduh seterusnya menyifatkan sikap yang ditunjukkan pemimpin pembangkang tersebut sebagai memalukan Malaysia.

“Bikin malu agama, bangsa dan negara je..,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook hari ini.

Pemimpin Pakatan Harapan di ibu negara semalam membidas langkah Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017.

Empat anggota parlimen DAP dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan kenyataan bersama bagi menyelar keras pihak berkuasa tempatan itu.

“Kami rasa kesal kerana kerajaan tempatan seperti DBKL cuba alih pandangan dengan berlagak jadi jaguh agama,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Tan Kok Wai (Cheras), Fong Kui Lun (Bukit Bintang), Teresa Kok (Seputeh), Datuk Dr Tan Kee Kong (PKR-Wangsa Maju) dan Lim Lip Eng (Segambut).

Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggotai DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), PKR dan Parti Amanah Negara (PAN). – MYNEWSHUB.CC

Tags: alkoholDAPpesta arak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lu Ingat Ini Negeri Lu Punya Ka?” – Afnan Hamimi Bidas DAP Isu Solat Jumaat

“Lu Ingat Ini Negeri Lu Punya Ka?” – Afnan Hamimi Bidas DAP Isu Solat Jumaat

21/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Afnan Hamimi Taib Azamudden membidas Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong...

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

DAP Akan Terus Perjuang Isu Layanan Tidak Sama Rata Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera – Guan Eng

13/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menegaskan beliau akan terus memperjuangkan isu rasa tidak puas hati masyarakat bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.