• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Air Mata Berharga Untuk Bapa Saya” – Anas Zul

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Air mata berharga untuk bapa saya,” demikian menurut Anas Zul Amirul Sidi, juara renang acara 100m gaya bebas lelaki S14 (masalah pembelajaran) temasya Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 di sini, hari ini.

Anas, 17, dilihat mengalirkan air mata kegembiraan sebaik sahaja tiba di garisan penamat selepas memperagakan aksi luar biasa dengan memecahkan rekod acara itu dengan catatan 59.79 saat untuk menyumbang emas pertama skuad renang negara pada temasya kali ini yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil.

Anas meninggalkan juara bertahan dari Singapura Benson Tan yang sekadar berpuas hati dengan pingat perak melalui catatan 1:01.38s manakala seorang lagi perenang negara, Zadrian Chan meraih gangsa (1:01.70s).

Lebih manis, anak kelahiran Paroi, Negeri Sembilan yang turun beraksi buat kali pertama pada temasya ini turut memadam rekod Benson dengan catatan 1:02.88s di Myanmar pada 2014.

“Saya tak sangka dapat menang emas hari ini dan sebab itulah saya menangis malah kejayaan saya turut disaksikan ayah saya, Zul Amirul Sidi yang hadir hari ini,” katanya kepada pemberita.

Katanya, kejayaan itu dapat mengubat kekecewaannya yang gagal merangkul sebarang pingat pada acara 200m S14 semalam selain berazam mahu menyumbang emas lagi buat negara pada acara 4x100m lelaki bercampuran esok.

Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui dimarahi dengan teruk oleh jurulatihnya berikutan aksi buruknya semalam selain menghadapi masalah kesihatan yang merencatkan persembahannya.

Ditanya bagaimana beliau berkecimpung dalam renang, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa itu berkata dorongan bapanya yang menyebabkan beliau melibatkan diri dalam sukan ini.

“Saya masih ingat sewaktu kecil dahulu bapa saya yang mencampak saya ke dalam kolam untuk membiasakan diri berenang…mula-mula memang takut tetapi semangat tidak putus asa ayah saya telah membawa saya ke sini.

“Semoga saya mampu mengikut jejak langkah atlet negara lain seperti Muhammad Ziyad Zolkefli untuk meraih emas pada temasya Paralimpik Tokyo nanti,” katanya yang menjadikan ayahnya sebagai idola hidupnya.

Sementara itu, bapanya, Zul, 44, bersyukur ketegasannya ketika melatih Anas telah membuahkan hasil melalui kejayaan gemilang anaknya.

“Anas merupakan seorang yang penakut dan kuat menangis ketika saya mula-mula melatih beliau namun saya tidak putus asa dengan memeluknya di kolam selain membelikannya pelampung untuk melatihnya mengimbangi badan.

“Namun Anas masih takut malah saya menggertaknya mahu meninggalkan beliau di tengah kolam sehinggalah beliau mampu membiasakan diri,” kata Zul yang juga merupakan atlet paralimpik negara.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk bersara daripada kolam renang susulan melihat kejayaan yang dilakar Anas hari ini, malah yakin bahawa anaknya mampu meneruskan perjuangan yang ditinggalkannya.

Zul hari ini turun beraksi acara 200m gaya bebas S5 dan 50m kuak kupu-kupu S5 namun gagal menyerlah dalam kedua-dua acara disertainya.

Sukan Para ASEAN berlangsung sehingga 23 September ini dengan menawarkan 368 pingat emas daripada 16 jenis sukan yang dipertandingkan. – BERNAMA

Tags: atlet paralimpikPara KL2017Renang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petugas Barisan Hadapan, Atlet Negara Diberi Penghormatan

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat memberikan penghormatan khusus kepada petugas barisan hadapan serta atlet Olimpik dan Paralimpik negara hari ini....

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal Latih Atlet Renang

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut ketibaan jurulatih baharu, badan induk itu terpaksa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd