• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Fuaad Akan Terajui Malakoff Mulai Oktober

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd. (Proton), Datuk Ahmad Fuaad Mohd Kenali, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp. Bhd. (MCB) yang baharu, berkuat kuasa 1 Oktober ini.

MCB, pengeluar tenaga bebas, memberitahu Bursa Malaysia, dengan pelantikan Ahmad Fuaad, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Habib Husin, akan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa 1 Oktober ini, namun kekal sebagai Naib Presiden Eksekutif, Operasi syarikat.

Ahmad Fuaad kekal sebagai ahli lembaga pengarah pembuat kereta nasional itu hingga 30 September. Beliau dilantik Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Proton pada 1 April tahun lalu.

Sebelum berkhidmat dengan Proton, beliau ialah Ketua Pegawai Operasi – Kewangan & Korporat serta Ketua Pegawai Kewangan (CFO) DRB-HICOM Bhd dari Ogos 2013 hingga Mac 2016.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co. pada 1994. – BERNAMA

Tags: Ahmad Fuad Ahmad ShahimiMalakoff Corporation
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malakoff Manfaat Selesai Pertikaian Loji Tanjung Bin

04/08/2017
0

KUALA LUMPUR - Tanjung Bin Power Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation dengan kepentingan sebanyak 90 peratus, telah memeterai satu perjanjian dengan pihak...

7,000 Pek Kurma Untuk Pengguna Lebuh Raya LATAR

26/05/2017
0

KUALA LUMPUR – Sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini, Lebuhraya KL- Kuala Selangor (LATAR) akan mengedarkan 7,000 pek kurma kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd