• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Firdaus Sedia Sertai Pasukan Elit Jika Dipanggil

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NILAI – Pelumba negara Muhamad Firdaus Mohd Zonis sedia menyertai skuad berbasikal elit negara sekiranya diberikan peluang.

Muhamad Firdaus, 21, yang menjadi jurumudi kepada atlet berbasikal trek para negara, Muhammad Amin Najmi Romzi bagi kategori 4,000m kejar-mengejar individu (B), berkata setakat ini beliau akan menjalani latihan dengan atlet para.

“Buat masa ini, saya akan bersama skuad berbasikal trek para dan menaikkan nama saya semula,” semula,” katanya kepada pemberita selepas berakhirnya acara berbasikal trek pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di Velodrom Nasional, di sini, pada Isnin.

Pada acara itu, Muhamad Firdaus dan gandingan Muhammad Amin Najmi yang menaiki basikal tandem meraih emas selepas menewaskan rakan senegara Muhamad Afiq Afify Rizan/Muhammad Khairul Adha Rasol untuk perak manakala gangsa milik pelumba Singapura, Jessen Ng Hang Siew/Sim Calvin Teck Kwang.

Mengulas mengenai perlumbaan hari ini, Muhammad Firdaus, yang juga pemegang tiga pingat emas Kejohanan Trek Asia ,berkata beliau dan Muhammad Amin Najmi baru enam bulan digandingkan sebelum APG.

“Cabaran jadi jurumudi ini mental kena kuat sebab kita bawa orang yang kurang upaya yang mana kita tak tahu keadaan dia kita yang harus sentiasa mengawal.

“Alhamdulillah, dia dengar cakap saya dan apa yang saya ajar dia buat selain strategi yang telah diberikan jurulatih kepada kami. Saya bercakap dengan Amin bahawa selagi kerja belum habis, loceng belum berbunyi, kita kena buat habis-habisan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata emas yang dimenanginya hari ini didedikasikan kepada ayahnya Mohd Zonis Mokhtar dan mengikuti jejak langkah adiknya Muhammad Fadhil yang menghadiahkan emas menerusi acara berbasikal trek iaitu pecut berpasukan pada temasya Sukan SEA ke-29, 28 Ogos lepas juga di Velodrom Nasional Nilai.

Skuad berbasikal trek para negara pamer aksi cemerlang apabila menyapu bersih 12 emas dalam semua acara yang dipertandingkan selama dua hari itu. – BERNAMA

Tags: Para KL2017
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

APG KL2017 Ditutup Penuh Bangga, Meriah

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya apabila Malaysia menampilkan pencapaian...

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd