• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prosiding RCI Forex BNM Berakhir, 25 Saksi Dipanggil

oleh
20/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) sepatutnya berlangsung sehingga lusa.

Namun ia ditamatkan pada hari ini setelah saksi ke-25 bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ishak Tadin dipanggil. Ini bermakna prosidingnya hanya berlangsung selama lapan hari sahaja berbanding jadual asalnya iaitu 10 hari.

Ishak yang kini berusia 85 tahun hadir tetapi anaknya Risal Ishak tampil memberi keterangan mengenai keadaan kesihatannya dan berkata bapanya itu mempunyai masalah memori untuk ingat pelbagai kejadian masa lampau.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan memerintahkan semua pihak untuk memfailkan penghujahan bertulis masing-masing mengenai skandal forex awal 1990-an itu sebelum pukul 5 petang pada Khamis ini.

Ketika menyampaikan ucapan penutup, beliau menyatakan sebanyak 42 dokumen dimasukkan sebagai keterangan sepanjang sembilan hari pendengaran mulai 21 Ogos lalu di Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini.

Kemuncak prosiding RCI ini ialah keterangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam yang menarik perhatian ramai kerana jawapan mereka berdua!

Sebelum ini, turut dipanggil untuk memberi keterangan mengenai isu skandal kerugian mega yang pernah dialami BNM sekitar RM32 bilion itu ialah bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 September.

Bekas Gabenor BNM, Tan Sri Zeti Akthar Aziz juga tampil memberi keterangan beliau pada 6 September lalu menceritakan pengalamannya yang ketika itu masih berada di London. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BNMforexRCI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

RCI Tabung Haji: Menteri Ucap Terima Kasih Pada Radzi Jidin

14/08/2026
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan mengucapkan terima kasih kepada pemimpin Parti Pribumi...

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

Hutang RM600 Bilion Negara Bankrap, Hutang RM1.3 Trilion Negara Dalam Keadaan Baik?

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membangkitkan mengenai jumlah hutang semasa negara sebanyak RM1.341 trilion....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd