• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Bangunan

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pemaju dan pemilik bangunan tidak boleh berkrompomi terhadap isu keselamatan bangunan dan mesti menepati piawaian keselamatan yang ditetapkan pihak berkuasa, kata Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata isu keselamatan perlu diberi perhatian sepenuhnya dan tidak hanya tertumpu kepada pusat tahfiz malah semua bangunan termasuk premis perniagaan, pusat asuhan dan rumah kebajikan.

“Negara kita ada undang-undang dan ia perlu dilaksanakan sepenuhnya untuk menjamin keselamatan penghuni, dilaksana tanpa kompromi.

“Isu keselamatan bangunan amat mustahak. Pemantauan harus dibuat secara berterusan,” katanya selepas merasmikan sidang kemuncak kepimpinan antarabangsa The Institution of Electrical and Electronic Engineers (IEEE) Women in Engineering (WIE) 2017 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas susulan insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini pada Khamis lepas yang mengorbankan 23 nyawa.

Shahrizat berkata, faktor keselamatan itu merangkumi semua aspek termasuk struktur bangunan dan ciri-ciri keselamatan mencegah kebakaran.

Mengenai majlis itu, beliau berkata negara memerlukan lebih ramai golongan wanita di dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kerana Malaysia semakin bergerak seiring dengan kemajuan teknologi.

Katanya bakat golongan wanita perlu dicungkil dan diserlahkan agar dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Kita perlukan lebih ramai contoh wanita berjaya yang dapat menunjukkan bahawa bidang kejuruteraan mempunyai prospek kerjaya yang menarik dan cerah dan ia bukan kerja untuk lelaki sahaja,” katanya dan menambah adalah amat penting untuk majikan menyediakan tempat bekerja yang lebih mesra keluarga.

Sidang kemuncak dua hari bermula hari ini itu menghimpunkan golongan wanita profesional di dalam bidang teknologi daripada pelbagai industri serta ahli akademik bagi membincangkan pembangunan wanita di dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. – BERNAMA

Tags: Bangunan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan ‘Sperma Gergasi’ Bakal Dibina Di London

07/04/2019
0

BANGUNAN pencakar langit yang diberi nama The Tulip (yang juga dikenali sebagai 'sperma gergasi') hampir menjadi kenyataan untuk dibina di...

Bangunan Bilik Guru SMK Medamit Terbakar

09/11/2018
0

LIMBANG - Bilik guru SMK Medamit kira-kira 50km dari sini musnah dalam kebakaran awal pagi ini, namun tiada kemalangan jiwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd