• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Hantar SMS Lucah Kepada Guru

oleh AK-47
19/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu di sini, hari ini kerana menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang guru.

Hakim Mohammad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Mohd Basyir Abu Bakar, 27, mengaku bersalah atas kesemua 10 pertuduhan terhadapnya di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menggunakan aplikasi iaitu SMS secara sedar dan membuat penghantaran komunikasi lucah ke nombor lain, dengan niat untuk mengganggu orang lain.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 1 Mac 2016, kira-kira jam 12.40 pagi hingga 4 Mac 2016, kira-kira jam 6.08 petang, yang mana SMS itu dibaca di sebuah premis tidak bernombor di hadapan sebuah sekolah di Jerteh, Besut.

Mohammad Haldar kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan daripada tarikh tangkapan iaitu 8 Ogos lalu bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh diwakili peguam, Muhamad Zulfaqar Al-Basysyar Saharrudin. – Sinar Harian

Tags: mesej lucah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Didakwa Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Disambung Reman

Pempengaruh Didakwa Hantar Mesej Lucah Kepada Remaja Disambung Reman

26/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Pempengaruh yang ditahan polis selepas didakwa menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun,...

Penularan Video Lucah Libatkan Pendakwah Ganggu Siasatan

24/09/2021
1

GOMBAK – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa penularan video dan mesej lucah menerusi aplikasi Telegram yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd