Minnesota – Seorang wanita berusia 114 tahun yang menjadi liputan media sebelum ini kerana mencabar polisi umur dalam Facebook, telah meninggal dunia semalam.
Anna Stoehr, yang juga penduduk paling tua di Minnesota, sebelum ini telah dimasukkan ke pusat rawatan sejak beberapa hari lalu.
Dia menjadi tumpuan tahun ini apabila KARE-TV melaporkan mengenai kegagalannya membuka akaun Facebook selepas gagal memasukkan tahun kelahirannya, 1900.
Ia menyebabkan Stoehr terpaksa menukar usianya kepada 99.
Dia kemudiannya menulis surat kepada Facebook dan mencabar syarikat berkenaan kerana gagal memasukkan umurnya ketika mendaftar untuk membuka akaun Facebook.
Facebook dilaporkan menghantar 114 kuntum bunga kepada Stoehr pada hari ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Stoehr dilahirkan di Iowa pada 1900, dan berpindah ke Wisconsin serta South Dakota sebelum menetap di Ridgeway, Minnesota, ketika berusia 19 tahun.
https://www.youtube.com/watch?v=-XDf4jCwevM

