• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Habitat Dugong Tetap ‘Ikon’ Perairan Mersing

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PULAU SIBU – Jabatan Taman Laut Malaysia Negeri Johor (JTLMNJ) optimis dalam usaha memulihara habitat dugong dan menjadikan spesies mamalia laut itu sebagai ‘ikon’ perairan Mersing, kata Ketua Bahagian Pendidikan dan Intepretasi Maklumat JTLMNJ, Nor Sallehuddin Md Ali.

Beliau berkata pelbagai usaha diambil khususnya mendidik nelayan, pemilik bot serta pelancong supaya tidak mendekati habitat haiwan bersifat pemalu itu, yang semakin diancam kepupusan dengan anggaran terbaru kira-kira 50 ekor di perairan itu.

Bagi menjayakan usaha berkenaan, JTLMNJ menjalin kerjasama dengan pihak seperti Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) termasuk pelbagai agensi, syarikat kerajaan serta swasta termasuk dalam melakukan kajian untuk tujuan konservasi dugong.

“Fokus utama JTLMNJ adalah memastikan kelangsungan hidupan marin yang diancam kepupusan seperti dugong, oleh itu kita sentiasa memastikan sumber makanan utama spesies berkenaan iaitu rumput laut di perairan ini terjaga serta tidak dirosakkan.

“Perkongsian maklumat dalam kalangan penduduk di pulau ini diharap dapat mengelakkan kematian dugong akibat kecuaian manusia seperti terjerat pada pukat hanyut nelayan, dilanggar bot serta pencemaran air laut,” katanya kepada Bernama selepas menyertai program ‘Eco Volunteers’ Edisi ke-3 anjuran BIMB Holdings Berhad di Pusat JTLMNJ di Pulau Tinggi, di sini.

Di sekitar perairan Mersing, habitat dugong ditemui di Pulau Sibu, Pulau Tinggi, Pulau Besar, Pulau Tengah, Pulau Seribuat dan Pulau Rawa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan BIMB Holdings Berhad, Hizamuddin Jamaluddin berkata penganjuran ‘Eco Volunteers’ adalah sebagai tanda sokongan pihaknya kepada JTLMNJ dalam usaha melindungi spesies hidupan laut di perairan Mersing.

Program tanggungjawab sosial korporat itu pernah diadakan di lokasi sama dengan objektif serupa sebelum ini iaitu pada 13 hingga 16 April lepas, diikuti edisi kedua pada 19 hingga 21 Mei manakala kali ini berlangsung pada 14 hingga 16 Sept bersempena sambutan Hari Malaysia.

“Fokus kali ini melibatkan empat agenda iaitu nilai kemakmuran bersama, alam sekitar, kemanusiaan serta aspek pencapaian, yang mana ia dilihat berkait rapat dalam usaha memulihara habitat hidupan marin yang terdedah dengan ancaman manusia.

“Antara aktiviti yang dijalankan ialah membina dan meletakkan tukun tiruan di dasar laut bagi menggalakkan pertumbuhan batu karang, pembersihan pantai serta mengutip sampah di dasar laut oleh sukarelawan selain sesi bersama masyarakat setempat,” katanya.

Hizamuddin berkata pengisian semasa perjumpaan bersama masyarakat setempat itu antara lain memberi pendedahan serta didikan kepada murid di Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu dan Pulau Tinggi mengenai kepentingan memulihara alam sekitar termasuk tidak menganggu ekosistem hidupan marin. – BERNAMA

Tags: dugongMersing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalan Utama Ke Mersing Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Laluan Alternatif

Jalan Utama Ke Mersing Ditutup, Pengguna Dinasihat Guna Laluan Alternatif

26/01/2023
0

KOTA TINGGI: Pengguna dari arah Kota Tinggi ke Mersing dinasihati menggunakan laluan alternatif apabila Kilometer 60, Jalan Kota Tinggi-Mersing ditutup...

Aktiviti Selam Skuba Di Mersing Dihentikan

07/04/2022
0

Mersing : Aktiviti selam skuba atau snorkeling di perairan Daerah Mersing di sini arahkan dihentikan berkuat kuasa serta merta. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd