• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Kemudahan Para ASEAN KL2017 Mesra OKU

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua venue dan hotel penginapan atlet serta pegawai bagi temasya Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 berada pada kelas tersendiri selain disifatkan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) oleh kontinjen luar negara.

Ketua kontinjen Indonesia, Dr Bayu Rahadian berkata selepas membuat tinjauan hampir kesemua venue, beliau jelas berpuas hati terhadap segala akses kemudahan yang disediakan memenuhi keperluan atlet.

Beliau yang tiba di Kuala Lumpur bersama sebahagian besar kontinjen Indonesia pada Rabu lepas berkata, Jawatankuasa Pengelola Malaysia (Masoc) banyak memainkan peranan dalam membantu kontinjennya menyesuaikan diri ketika di venue, hotel penginapan selain turut membantu dalam urusan pengangkutan atlet.

“Persediaan yang dilakukan Malaysia adalah luar biasa kerana sampai ke saat ini kami tidak menghadapi apa-apa kesulitan yang khusus. Masoc juga pantas memberikan respons jika terdapat sebarang permintaan dan keluhan yang disuarakan para atlet dan pegawai.

“Hampir kesemua venue pertandingan bermula dari Veledrom Nasional di Nilai sehingga ke Stadium Nasional Bukit Jalil saya sudah lihat dan semua kemudahan yang disediakan sangat memuaskan.

“Namun begitu, kami ada menghadapi sedikit kesukaran akibat ruang makan yang sempit di hotel, tetapi ia telah ditangani dengan baik dan pantas oleh Masoc dan sekarang ia berjalan dengan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Upacara Menaikkan Bendera Kontinjen Para ASEAN di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.

Sementara itu, atlet catur negara Aqilah Shahira Ahmad menyifatkan segala bentuk kemudahan yang disediakan di venue dan hotel oleh Masoc yang mencapai standard kemudahan OKU, membakar semangatnya untuk berjuang memburu pingat emas pada temasya dwitahunan itu.

“Ia sangat baik dan memang mengikut standard kemudahan OKU, semuanya seperti apa yang saya bayangkan dan ia setanding dengan penganjuran sukan untuk golongan istimewa di luar negara. Tiada apa yang perlu saya khuatirkan kerana semua telah diatur dengan baik dan ini akan membantu saya dalam pemburuan emas untuk negara,” katanya.

Dalam pada itu, selain daripada kemudahan yang mesra OKU, atlet angkat berat Vietnam Nguyen Van Phuc turut memuji sikap terpuji yang dipamerkan oleh sukarelawan.

“Saya sangat gembira dan berpuas hati dengan persediaan yang dilakukan oleh Malaysia sebagai tuan rumah temasya Sukan Para ASEAN. Mereka mempunyai perancangan yang baik meliputi semua seperti venue, hotel dan segala-galanya. Sukarelawan juga sangat membantu dan peramah,” tambah beliau lagi. – BERNAMA

Tags: Para KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APG KL2017 Ditutup Penuh Bangga, Meriah

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Sukan Para ASEAN (APG) Kuala Lumpur 2017 melabuhkan tirainya dengan meriah dan bergaya apabila Malaysia menampilkan pencapaian...

Para 2017 Petanda Positif Hadapi Para Asia 2018

24/09/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia menutup kempen acara olahraga Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (APG 2017) di Stadium Nasional Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd