• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Dibenar Pulang

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar pusat tahfiz di sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu awal Khamis, dibenarkan pulang malam tadi.

Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain berkata kesemua mangsa terbabit dibenarkan keluar selepas keadaan mereka stabil.

Mereka akan diberi rawatan susulan bagi membantu mereka yang berada dalam keadaan trauma, katanya ketika ditemui pemberita di HKL di sini, hari ini.

Dengan perkembangan itu, empat lagi yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan tahap melecur antara 20 dan 30 peratus, katanya.

Dr. Zaininah berkata mangsa yang berada di ICU tidak dibenarkan menerima pelawat walaupun daripada anggota keluarga sebagai langkah pencegahan berlakunya jangkitan kuman.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran 5.15 pagi di asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha ketika ditemui berkata kebanyakan pusat tahfiz telah mematuhi garis panduan keselamatan yang ditetapkan kerajaan-kerajaan negeri.

Othman berkata hanya beberapa premis yang tidak menepati dan ia perlu diteliti semula aspek keselamatan bangunan mereka.

Dalam garis panduan itu ada aspek keselamatan yang perlu dipatuhi dan mesti diperiksa secara berkala serta menepati piawaian yang ditetapkan bomba dan lain-lain agensi kerajaan yang berkaitan, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd