• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Pengasas Keluar, Naib Presiden PPBM Pun Ikut

oleh
17/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terus dilanda kemelut apabila Naib Presiden, Datuk Hamidah Osman meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Ia diumum tidak sampai 24 jam selepas pengasasnya, Anina Saadudin berbuat demikian. Setiausaha Agung, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bersetuju menerima keputusan itu.

“PPBM menghormati keputusan beliau dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Terdahulu, Anina mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini kerana meendakwa PPBM tidak lagi menepati prinsip perjuangan ketika diasaskan tahun lalu, sebaliknya berasa diperalatkan demi kepentingan politik individu tertentu dan berlandaskan dasar kronisme.

Beliau mendakwa ia termasuk cara `kejam’ beliau dipecat daripada jawatan Ketua Srikandi, kemudian digugurkan sebagai ahli MPT, selain tidak mendapat jemputan rasmi ke sambutan ulang tahun pertama parti di Muar, Johor pada 9 September lalu.

“Walaupun asalnya parti ini ditubuhkan untuk membela kepentingan rakyat, ia kini tidak lagi mendukung prinsip keadilan, ketelusan dan integriti dalam pentadbiran dan perjuangan,” katanya pada sidang media, di Bangi, hari ini.

Minggu lalu, Anina mendakwa tidak menerima undangan menghadiri sambutan ulang tahun pertama PPBM, namun Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua individu boleh menghadiri majlis itu.

Pada 19 April lalu, bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman, mengumumkan keluar parti bersama 821 ahli parti serpihan itu di seluruh negara.

Ini diikuti pada 25 Ogos lalu apabila 250 ahli parti berkenaan keluar parti di Dungun kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap hala tuju serta perjuangannya.

Anina berkata, keputusan parti perlu mengambil kira suara ahli dan bukan secara unilateral iaitu pemimpin atasan semata-mata.

Beliau mendakwa, tiada individu patut menentukan perjalanan parti dan memberi imuniti kepada mana-mana pemimpin untuk terus menekan, mencantas dan menikam belakang sesiapa saja dalam parti.

Dengan alasan perjuangannya adalah membela rakyat dan bukan individu, Anina berkata, walaupun sudah membuat keputusan meninggalkan parti itu, namun beliau akan terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain.

“Pesanan Tun (Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad) kepada saya supaya terus bercakap benar walaupun tidak disukai orang lain akan terus saya pegang.

“Walaupun hari ini kata-kata saya tidak disukai oleh Tun sendiri, saya akan terus bersuara untuk kepentingan rakyat, dan bukan untuk kepentingan mana-mana individu,” katanya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd