• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Pusat Tahfiz: Kerajaan Tawar Khidmat Kaunseling

oleh Ahmad Albab
17/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan khidmat kaunseling kepada anggota keluarga dan mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ini kerana kesemua mangsa kebakaran masih berada dalam keadaan trauma berikutan insiden menyayat hati itu.

“Kerajaan komited untuk bantu mangsa dan keluarga dengan menawarkan bantuan kaunseling. Ketika ini, mereka berada dalam keadaan yang amat memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak.

“Selain itu, saya juga telah mengarahkan pegawai kaunselor saya hadir bersama bukan saja di hospital tetapi sehingga mengikut mereka pulang ke rumah untuk kaunseling,” katanya pada sidang media selepas melawat tujuh mangsa kebakaran di pusat tahfiz itu di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, hari ini.

Ditanya mengenai keadaan mangsa yang dirawat di HKL, Rohani berkata kesemua tujuh mangsa yang cedera termasuk dua yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di HKL, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Hari ini saya dapat berjumpa dengan semua mangsa kecuali seorang yang dimasukkan dalam ICU Pediatrik. Mereka masih lagi trauma.

“Apabila saya minta mangsa menceritakan kejadian itu, ada antara mereka hanya sekadar tunduk dan menjawab sepatah manakala ada yang menangis ketika menceritakan detik pahit itu tetapi ditenangkan oleh ibu mereka masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, Prof Datuk Seri Dr Abu Hassan Asaari Abdullah ketika diminta mengulas mengenai laporan kesihatan dua pelajar tahfiz yang dimasukkan ke ICU, beliau berkata ketika ini mereka dilaporkan stabil.

“Mereka tercedera selepas melompat dari tingkat dua dan mengalami kecederaan serius. Ada yang patah tulang kaki, cedera di bahagian paru-paru. Ada seorang lagi (mangsa) yang mengalami kecederaan serius di mana paru-paru cedera, tulang pinggul dan kakinya patah,” katanya.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut meluangkan masa melawat mangsa.

Dalam kebakaran 5.15 pagi Khamis lepas, 21 pelajar dan dua guru merangkap warden pusat tahfiz berkenaan meninggal dunia. – BERNAMA

 

Tags: kaunselingPusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantuan RM3,000, Kaunseling Untuk Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

Bantuan RM3,000, Kaunseling Untuk Keluarga Mangsa Nahas Helikopter

25/04/2024
0

PUTRAJAYA - Bantuan sejumlah RM3,000 disalurkan kepada waris mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan...

Remaja Bakar Tahfiz Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan

17/08/2020
0

REMAJA lelaki berusia 19 tahun dijatuhi hukuman penjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd