• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Warden Tahfiz Dikebumikan Di Sungkai

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGKAI – Hujan sejak tengah hari bagaikan mengiringi suasana pilu yang menyelubungi pengkebumian guru tahfiz, Mohd Yusuf Md di Tanah Perkuburan Islam Felda Gunung Besout 4 dekat sini yang dilaksanakan selepas Isyak malam ini.

Hujan yang mulai berhenti kira-kira 8 malam membolehkan kira-kira 300 penduduk setempat menghadiri majlis pengebumian itu yang berlangsung kira-kira pukul 9.30 malam dengan talkin dibacakan sendiri oleh abang ipar arwah, Khairul Fahmi Daud.

Selain penduduk kampung dan anggota keluarga, upacara pengebumian turut dibantu beberapa anggota Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Allahyarham Mohd Yusuf, 26, merupakan warden dan tenaga pengajar di tahfiz itu terkorban dalam tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Hujung, Datuk Keramat pagi semalam yang turut meragut seorang lagi tenaga pengajar dan 21 pelajar.

Terdahulu, jenazah Allahyarham serta jenazah lain dimandi menggunakan teknik tayammum, dikafan di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) dan disolatkan bersama di surau Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dibawa ke tanah perkuburan yang ditetapkan oleh waris masing-masing untuk disemadikan.

Van pembawa jenazah Mohd Yusuf yang bertolak dari HKL kira-kira pukul 6 petang tiba di Masjid Asslamuddin di sini kira-kira pukul 8.40 malam dan jenazah disembahyangkan sekali lagi oleh penduduk setempat, sanak saudara dan anggota keluarga.

Turut mengiringi jenazah, beberapa orang adik beradiknya termasuk abang sulung arwah, Noor Azam, 40 serta emaknya Saadiah Othman, 62.

Allahyarham Mohd Yusuf, yang masih bujang, belajar di pusat tahfiz itu sejak berusia 15 tahun dan kemudian berkhidmat sebagai guru dan warden di pusat sama. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd