• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengebumian Pelajar Tahfiz, Dapat Tumpuan Ramai

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengebumian pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini, yang terkorban dalam kejadian kebakaran sejurus sebelum subuh semalam, berlangsung dalam suasana penuh hiba.

Setakat 7.30 malam ini hanya jenazah Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Karak di Taman Batu Muda manakala Muhammad Haikal Abdullah, 12, dikebumikan di tanah perkuburan Dato Keramat.

Selain Allahyarham Muhammad Aidil Aqmal, 10, jenazah lain terdiri daripada kanak-kanak berumur 10 hingga 16 tahun dijangka dikebumikan serentak secara berkumpulan di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah Karak selepas waktu maghrib.

Daripada 21 pelajar lelaki yang maut, 11 mangsa termasuk tiga beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Karak di Taman Batu Muda.

Sembilan yang lain akan dikebumikan malam ini di beberapa lokasi antaranya di tanah perkuburan Jalan Ampang; Taman Kosas; Dato Keramat; Taman Medan, Jalan Klang Lama; Bukit Kuari, Cheras dan Puchong.

Tiga lagi jenazah, masing-masing akan dikebumikan di tanah perkuburan di Paroi Jaya, Seremban (Negeri Sembilan), Pengkalan Kubur (Kelantan) dan Sungkai (Perak).

Upacara pengebumian itu mendapat liputan meluas daripada media tempatan dan beberapa stesen televisyen turut membuat liputan secara langsung di tanah perkuburan itu.

Selain itu ribuan orang ramai yang hadir di tanah perkuburan itu bagi melahirkan rasa simpati kepada waris dan anggota keluarga mangsa dan turut bersama-sama berdoa selepas bacaan talkin.

Dua puluh satu pelajar dan dua warden yang juga guru, terkorban dalam kebakaran di pusat tahfiz itu awal pagi semalam. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd