• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengacara JJCM TV3 ‘Hina’ Pengetua Tahfiz Isu Syahid

oleh
18/09/2017
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEJADIAN kebakaran menimpa Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di ibu negara semalam adalah insiden yang amat menyedihkan bagi rakyat Malaysia.

Tragedi tergempar itu telah mengorbankan 21 pelajar dan dua warden. Manakala, dua pelajar yang terselamat dilaporkan masih dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod dilaporkan telah menyifatkan kematian kumpulan pelajar cilik berkenaan sebagai mati syahid.

Menurutnya lagi, semua mangsa yang terkorban dan cedera dikatakan sanggup meninggalkan ibu bapa, adik beradik serta rakan sepermainan hanya untuk menuntut ilmu agama di pusat tahfiz.

“Budak masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Sanggup tinggalkan ibu bapa, masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.

“Mereka ini, insya-Allah mati syahid,” kata Muhammad Zahid yang dipetik oleh sebuah portal online. Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikatakan ada tidak disenangi ramai netizen.

Antaranya pengacara TV3 yang terkenal menerusi program Jalan-Jalan Cari Makan, Nazrudin Rahman telah menempelak kenyataan tersebut dengan meluahkan rasa kecewa dan amarah di akaun Twitter miliknya.

Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know.

— Nazrudin Rahman (@NazrudinRahman) September 14, 2017

“Mati syahid? What a bangsat cop out answer. Tell me something I don’t know. Tell me if  you’ve done enough due diligence. Mereka datang untuk belajar, mereka mati kerana cuai,” tulisnya biadab.

Baca: Kes Tahfiz Terbakar – Mufti Seru Umat Islam Berdoa

Difahamkan, Naz, 39, berkata demikian kerana merasakan masih terdapat banyak pusat tahfiz yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) atau mengamalkan langkah keselamatan kecemasan yang betul.

Namun kenyataan ‘keras’ pengacara itu nyata bercanggah dengan pencerahan rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri semalam yang mengesahkan mangsa sebagai mati syahid.

Beliau turut memetik Hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya: “Orang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada 7 orang iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan wanita meninggal ketika lahir anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.).

Sabda Nabi Muhammad SAW itu yang dirujuk Zulkifli jelas menyenaraikan mangsa maut akibat kebakaran juga termasuk ketika menuntut ilmu agama adalah sebagai mati syahid dan isu tersebut bukan perkara baharu.

Mungkin Naz hanya menyentuh aspek SOP bangunan tetapi mempertikaikan status syahid individu yang terbunuh dalam insiden tragik sedemikian menimbulkan persoalan berhubung tahap kefahaman agama Islam dirinya.

Semua maklum, menolak Hadis Rasulullah SAW secara sengaja boleh dianggap sebagai terkeluar akidah Islam apatah lagi mempertikaikan hadis masyhur tersebut. Wallahu a’lam bis sawab… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd