SHAH ALAM – DRB-Hicom mengumumkan Datuk Ahmad Fuaad Kenali akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton berkuat kuasa pada 30 September ini.
Menerusi makluman kepada pihak Bursa Malaysia, pengganti syarikat automotif tempatan itu belum diumumkan tetapi pengurusan akan dikendalikan oleh Timbalan CEO, Datuk Radzaif Mohamad.
Pelepasan jawatan Ahmad Fuaad itu adalah sebagai persediaan pembentukan pasukan pengurusan baharu Proton, setelah menjalin pakatan strategik dengan syarikat Zhejiang Geely Holding Group.
Sementara itu, Rashid Musa dilaporkan masih lagi kekal sebagai CEO Proton Edar sehingga pengumuman rasmi seterusnya dilakukan oleh pihak DRB-Hicom. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

