• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Tahfiz: Dua Pelajar Masih Kritikal

oleh AK-47
16/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Dua pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terlibat dalam kebakaran semalam masih dalam keadaan kritikal.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, dua pelajar lelaki berusia belasan tahun itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan ketika ini mereka masih belum sedarkan diri.

“Keadaan dua pelajar yang cedera parah itu memang kritikal yang mana seorang daripadanya melecur teruk serta darah masih keluar dari badannya manakala seorang lagi (mengalami) kecederaan dalaman termasuk patah tulang rusuk dan ia tercucuk paru-paru mangsa.

Pasukan perubatan sedang sedaya upaya memberi rawatan terbaik kepada mereka,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Perarakan Hari Malaysia Peringkat Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pulau Pinang di Permatang Pauh di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, 21 pelajar dan dua guru terkorban dalam kebakaran kira-kira 5.15 pagi semalam.

Enam pelajar lain dan seorang awam turut cedera dalam kebakaran itu semalam.

Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, empat pelajar dan seorang awam yang cedera dalam kejadian itu dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di HKL.

“Mereka yang lain itu mengalami pelbagai kecederaan antaranya patah tangan, patah kaki, patah pinggang, patah tulang rusuk, patah punggung dan dalam lawatan saya semalam di hospital mendapati mereka stabil.

“Mereka tercedera selepas terjun dari bangunan pusat tahfiz berkenaan kerana mahu menyelamatkan diri.Cuma seorang sahaja yang tidak cedera kerana dia menyelamatkan diri dengan mengelongsor menerusi batang paip,”katanya.

Sementara itu, beliau berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) semua mayat mangsa dapat diselesaikan  lebih awal berbanding jangkaan kerana mendapat bantuan doktor dan petugas daripada hospital berdekatan iaitu Hospital Ampang dan Hospital Selayang bagi membantu petugas Institut Perubatan dan Forensik Negara (IPFN).

“Kami mempunyai pasukan perubatan yang cukup malah dibantu doktor dari hospital berdekatan bagi mempercepatkan proses DNA berkenaan,”katanya. – Bernama

Tags: kebakaran pusat tahfizMangsa Kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Nazrin Dijumpai Tidak Seperti Mangsa Kebakaran Lain

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Seorang saksi kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

Metallica Derma RM414,000 Untuk Mangsa Kebakaran

08/11/2019
0

AMERIKA SYARIKAT - Kumpulan rock legenda, Metallica melalui yayasannya All Within My Hand mendermakan sebanyak AS$100,000 (kira-kira RM414,000) sebagai tanda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd