• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Enggan Tanggung Kos Punca Banyak Tiada Sijil Bomba

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Keengganan menanggung kos tambahan untuk tingkatkan aspek keselamatan antara faktor banyak pemilik premis gagal mendapat sijil perakuan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim.

Beliau berkata, sikap kedekut dan terlalu berkira pemilik premis ada kalanya berakhir dengan kesedihan apabila ada nyawa terkorban hanya kerana pemilik mengabaikan tanggungjawab memastikan keselamatan terjamin.

“Banyak kes pemilik premis gagal dapat sijil perakuan bomba atas alasan faktor kos, konon tidak mampu memenuhi ketetapan reka bentuk dan keperluan keselamatan mencegah kebakaran yang dicadangkan oleh pihak JBPM.

“Kerana tidak mahu rugi sedikit, pemilik tidak sedar perbuatan mereka itu boleh membahayakan nyawa iaitu satu kerugian lebih besar dan tidak boleh diganti dengan wang ringgit,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Menurutnya sebelum sesebuah premis dibina dan boleh diduduki ia perlu melalui beberapa proses kelulusan dan ini sememangnya diketahui oleh setiap arkitek yang mereka bentuk bangunan dan premis terbabit.

“Ia juga perlu dimaklumkan kepada pemilik premis. Pihak arkitek perlu serah reka bentuk dan pelan bangunan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di pusat sehenti untuk mendapat kelulusan projek.

“Ia seperti melibatkan sistem pembetungan, perparitan selain beberapa agensi yang melibatkan pemasangan wayar elektrik dan paip air. Pihak JBPM pula akan melihat dari aspek keselamatan sama ada dari segi reka bentuk.

“Ini juga termasuk aspek-aspek keselamatan termasuk peralatan mencegah kebakaran dan turut memberikan beberapa cadangan terhadap reke bentuk bangunan jika ada keperluan,” katanya.

Wan Mohd Nor berkata proses tersebut hanya mengambil masa 37 hari dan selepas kelulusan pihak kontraktor boleh meneruskan pembinaan bangunan dan premis mengikut reka bentuk yang telah diluluskan oleh pihak PBT.

Menurutnya setelah bangunan siap sepenuhnya dan memperoleh Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF ) atau Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (TCF) atau Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC), pihak JBPM akan buat pemeriksaan akhir.

Sekiranya semua sistem Pepasangan Keselamatan Kebakaran berada di dalam keadaan yang baik, dan memuaskan, sijil perakuan bomba akan dikeluarkan dalam tempoh lima hari dari tarikh pembayaran fi dibuat.

Tempoh berkuat kuasa suatu perakuan bomba ke atas sesuatu premis ditetapkan adalah selama 12 bulan.

Semalam Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata pusat tahfiz yang terbakar di Keramat di sini dilaporkan tidak memiliki sijil kelayakan menduduki bangunan selain telah diubah suai daripada struktur asal.

Dalam kebakaran pada 5.15 pagi semalam itu, 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu maut. – BERNAMA

Tags: BombaDarul Quran Ittifaqiyahkebakarantahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd