• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden Halimah Tetap Setia Duduk Di Flat HDB

oleh
17/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELANTIKAN bekas speaker Parlimen, Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura yang kelapan dan julung kali dari kalangan wanita bukan sahaja mencipta sejarah tersendiri buat republik itu.

Malah beliau juga muncul menjadi presiden dari etnik minoriti Melayu yang kedua di republik tersebut selepas 47 tahun dipinggirkan pemerintah setelah kematian presiden pertama negara itu, Tun Yusof Ishak pada 1970 lalu.

Namun, apa yang lebih menarik ialah, walaupun sudah bergelar presiden tetapi bekas menteri ini masih lagi memilih untuk menetap di rumah flat awam milik agensi pemerintah iaitu HDB di kejiranan estet Yishun.

“Saya masih lagi tinggal di Yishun,” kata Halimah, 63, kepada wartawan The Straits Times Singapore ketika ditanya lokasi kediaman baharunya selepas secara rasmi bergelar sebagai presiden mulai semalam.

Ternyata rumah pangsa didiaminya bukanlah seperti unit flat yang biasa didapati di sini. Bahkan, flat saiz jumbo berkeluasan 250 meter persegi ini juga ada lima buah bilik dan beliau sudah menetap di situ lebih 20 tahun.

“Ia adalah tempat tinggal yang sangat bagus dan selesa. Saya juga telah duduk di sini selama bertahun-tahun,” katanya kepada pemberita akhbar tempatan milik pemerintah Singapura itu.

Sebenarnya flat yang dimiliki Halimah ini ialah hasil gabungan dua buah rumah sebelah menyebelah dengan dinding pemisah di dalamnya telah dipecahkan sekali gus menjadikannya sebuah kediaman yang luas.

Difahamkan bahawa rumah tersebut sudah dibeli beliau dan suaminya, Mohamed Abdullah Alhabshee, lebih kurang dua dekad yang lalu kerana mereka memang merancang mahu tinggal bersama-sama dengan ibunya.

Menurut Mohamed, unit flat sudah berusia 30 tahun itu dikatakan ‘besar bagaikan penthouse’ kerana ia asalnya adalah hasil cantuman daripada dua buah rumah berasingan yang terletak di tingkat 12 bangunan itu.

“Lebih 80 peratus daripada penduduk kita tinggal di flat HDB dan jika ia cukup baik untuk mereka, maka ia cukup baik untuk saya,” itulah jawapannya ketika ditanya mengenai rumah didudukinya sekarang.

Tambahan pula, estet blok flat itu secara kebetulan mempunyai banyak kemudahan seperti kedai runcit, klinik, hentian pengangkutan awam dan juga berhampiran dengan Hospital Khoo Teck Puat.

Presiden Halimah juga dikatakan sebagai seorang yang cukup mesra dengan jiran-jiran yang lain. Kehadirannya di flat itu malah sangat disenangi oleh ramai tetangga terdekat sejak dahulu lagi.

Lee Swee Seng, seorang tukang masak serta juga jiran bersebelahan memberitahu bahawa Presiden Halimah dan ahli keluarganya yang lain telah menjadi pelanggan setia di kedainya sejak 17 tahun lalu.

“Dia sangat mesra, rendah hati dan rendah diri, bahkan dia tidak berkelakuan seperti seorang VIP pun,” kata salah seorang daripada penghuni flat tersebut, Henry Lim.

Bagaimanapun, disebabkan statusnya tiba-tiba dilantik sebagai Presiden Singapura, pihak polis republik itu terpaksa memperkukuhkan langkah-langkah keselamatan di kawasan berkenaan.

Penambahan bilangan pegawai polis dan pemasangan beberapa peralatan keselamatan khas seperti kamera pengawasan turut dipertingkatkan di sekitar flat tersebut.

Apabila ditanya tentang soal keselamatan, Presiden Halimah menjawab bahawa dia hanya menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa kerana mereka lebih tahu tentang bidang tugas mereka.

“Saya serahkan sahaja kepada pihak keselamatan kerana saya rasa mereka lebih arif bagaimana cara untuk jamin keadaan kawasan ini,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

**VIDEO di bawah memperlihatkan Halimah meninggalkal flat miliknya dengan escort polis Singapura untuk memulakan tugas sebagai Presiden baru republik itu.

Tags: Halimah YacobSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd