• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Yusof Sanggup Masuk Semula Selamat Pelajar

oleh
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA nampak dua lelaki turun dari tingkat tiga guna saluran paip dan saya percaya seorang ialah Ustaz Yusuf,” kata seorang peniaga yang kebetulan lalu di depan tahfiz itu semasa kejadian.

Allahyarham Ustaz Mohd Yusof Md, 26, merupakan salah seorang warden yang terkorban dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara pagi semalam.

Beliau dikatakan sudah selamat keluar daripada tingkat tiga bangunan itu, namun dia telah masuk semula bagi menyelamatkan anak muridnya yang terperangkap. Namun, akhirnya dia juga terkorban ketika kejadian itu.

Kebetulan ketika kejadian kebakaran itu berlaku, Hadam Ismail, 50,  sedang dalam perjalanan untuk ke Pasar Keramat dan dia melalui Jalan Keramat Hujung.

Dia mendengar bunyi kuat seperti bunyi ekzos motosikal yang kuat dan ternampak percikan api dari arah belakang pusat tahfiz tersebut.

“Hari ni saya lewat sikit ke pusat berniaga, kebetulan pula saya lalu di depan pusat tahfiz tersebut. Bila saya sedar asrama tu terbakar, saya terus hubungi 999,” katanya ketika ditemui pihak media tempatan semalam.

Sebelum ini, Hadam merupakan peniaga pisang goreng di depan pusat tahfiz itu dan dia juga sering kali memberi pisang goreng kepada ramai pelajar di tahfiz itu.

“Dulu ketika berniaga pisang goreng memang selalu beri pisang goreng di pusat tahfiz itu. Jadi memang saya kenal Ustaz Yusof,” katanya lagi.

Selain Ustaz Yusof, seorang lagi warden yang terkorban dalam kejadian semalam ialah Ustaz Amirul yang baru sahaja melangsungkan majlis persandingan minggu lepas. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Tags: Darul Quran Ittifaqiyahtahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd