• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suara Kemanusiaan Busking4Somalia @ Tesco

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOMEN Instagram antara detik menarik dalam Mini Showcase Busking4Somalia@Tesco Shah Alam, Selangor pada Sabtu, 16 September, jam 3.00 petang.

Peminat muzik dijemput hadir di Laman Selera untuk sama-sama berhibur dan menyemarakkan kempen berkongsi swafoto melalui IG masing-masing.

Konsepnya mudah. Peminat akan diminta secara serentak untuk berswafoto dan terus memuatnaik momen berada di showcase ini melalui perkongsian IG.

Matlamatnya ialah menyebarkan foto-foto kempen ini untuk tujuan meraih sokongan masyarakat untuk menderma terhadap pada Tabung Dana Waqaf Air Somalia.

Busking4Somalia@Tesco Shah Alam adalah siri kedua kempen ini yang diadakan secara kolaborasi antara Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan busker terkenal, Syed Amran Al Yahya.

Syed Amran akan muncul bersama busker girl terkenal Ella Zappa, menghiburkan peminat selama dua jam di Laman Selera Tesco Shah Alam dengan senarai lagu-lagu bertema kemanusiaan serta toplist popular masa kini.

Peminat juga akan mendengar penerangan CEO IRM, Zairulshahfuddin Zainal Abidin, mengenai pentingnya pembinaan projek bekalan air bersih dijalankan di Mogadishu, Somalia.

“IRM akan menerangkan mengenai projek membina dua telaga sumber air bersih di Mogadishu, bagi kegunaan 50 ribu penduduk di dua perkampungan miskin,” kata Zairulshahfuddin.

IRM sudah berada di Mogadishu sejak sedekad lalu bagi menjalankan misi kemanusiaan berkaitan bekalan makanan, pendidikan dan perubatan.

“Air bersih ini bukan saja sebagai sumber minuman, tetapi disalirkan ke hospital, sekolah dan turut berfungsi pada keperluan pertanian di Somalia yang kini dilanda kemarau,” kata Zairulshahfuddin.

Syed Amran menyeru peminat hadir bersama keluarga dan menyertai Kempen Momen IG sebagai tanda menyokong usaha kemanusiaan IRM di Somalia.

“Sedikit tetapi bermakna,” katanya. “Usaha membantu penduduk Somalia penting. Sebab sumber air bersih satu keperluan utama di sana.”

Syed Amran juga akan menyanyikan lagu Rindu Salma yang menjadi lagu tema kempen ini.

Jangan lupa esok Sabtu, 16 September untuk sama-sama menyertai Busking4Somalia@Tesco di Shah Alam pada jam 3.00 petang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BuskerBusking4Somalia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syafiq Dipuji Sanggup Duet ‘Busker’ OKU

23/11/2018
0

TINDAKAN penyanyi Syafiq Farhain menyanyi lagu popularnya Sayang Maafkan Aku mengejutkan penyanyi jalanan Orang Kelainan Upaya (OKU). Menerusi video yang...

“Kami Kawan Yang Sangat Rapat” – Hafeez Mikail

21/11/2017
0

GAMBAR-GAMBAR berdua yang dimuat naik Hafeez Mikhail dalam Instagramnya mencetuskan tanda tanya netizen mengenai hubungannya dengan penyanyi dan pelakon Daiyan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd