• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pusat Tahfiz: 2 Tong Gas Timbulkan Tanda Tanya

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DARI mana datangnya dua tong gas di tingkat tiga (di luar bilik asrama)?” kata Datuk Dr Sharifuddin Musa, 45, bapa kepada Muhammad Shahir, 11, mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, Kuala Lumpur, pagi semalam.

Akibat kebakaran itu, Sharifuddin berkata, anaknya melecur separuh di belakang badan.

“Kita tak pasti lagi bagaimana boleh berlaku kebakaran, tetapi berhampiran pintu masuk tingkat tiga (bilik asrama), ada dua tong gas yang tidak tahu datangnya dari mana.

“Kita pasti bahawa tempat memasak adalah di tingkat paling bawah, tingkat atas tidak dibenarkan untuk memasak,” katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Kuala Lumpur,.

Beliau curiga dengan ‘kemunculan’ dua tong gas berkenaan yang sudah pasti mendatangkan kecelakaan yang lebih teruk apabila berlaku kebakaran.

“Tong gas itu tidak sepatutnya berada di situ,” katanya.

Dalam kejadian itu, Sharifuddin berkata anaknya menyelamatkan diri dengan memecahkan tingkap dan terjun atas ‘awning’ bangunan.

Katanya, anaknya dirawat di Bahagian Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sharifuddin berkata, anaknya belajar di sekolah itu sejak setahun lalu dan setakat ini bangunan tahfiz itu tiada sebarang masalah kerana baru sahaja digunakan kira-kira setahun yang lalu.

Terdahulu Bernama melaporkan, siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mendapati kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini bukan berpunca daripada litar pintas, kata pengarahnya Khirudin Drahman.

Beliau berkata hasil siasatan Unit Forensik dan Suruhanjaya Tenaga mengesahkan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik.

“Kita dapati cara api merebak agak pelik dan luar daripada kebiasaan dengan kadar api merebak adalah sangat cepat dan besar. Biasanya, jika disebabkan litar pintas, kotak fius utama akan ‘tendang’ dan ambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk api marak dan merebak.

“Berdasarkan maklumat mangsa yang selamat (saksi), kebakaran itu bermula dari luar bahagian pintu asrama itu yang menyebabkan mereka terperangkap. Tambahan pula ada dua tong gas di situ yang mungkin menjadi punca api lagi besar dan cepat merebak,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Khirudin berkata pihaknya percaya terdapat unsur lain dari luar bangunan yang menyebabkan kebakaran tersebut berlaku dan siasatan terperinci berpandukan ujian makmal sedang dijalankan.

“Biasanya kalau api bermula dari bahagian dalam, bilangan yang terkorban tidak ramai kerana mereka masih boleh keluar. Saksi beritahu mereka berusaha nak keluar tetapi api dah marak di luar pintu, sebab itu mereka terperangkap,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu terkorban dalam kebakaran pada 5.15 pagi semalam. – Harian Metro

Tags: kebakaran pusat tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebakaran Tahfiz: Tiada Suntingan Rakaman CCTV – Saksi

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak membuat penyuntingan rakaman pergerakan dua tertuduh...

214 Barang Kes Kebakaran Ittifaqiyah Diserah

30/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Sebanyak 214 barang kes dalam tragedi kebakaran yang menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd