• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengetua Pondok Pak Ya Tersentuh Tragedi Ittifaqiyah

oleh AK-47
14/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di ibu negara awal pagi tadi dan mengorbankan 23 orang pelajar menyentuh hati Pengetua Pondok Pak Ya.

Pondok itu atau Sekolah Menengah Agama (SMA) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah di Padang Lumat, Guar Cempedak, Kedah terbakar 28 tahun lalu dan mengorbankan 27 pelajarnya.

Azizah Yahya, 74, berkata kejadian di ibu negara itu mengingatkannya kembali kepada peristiwa kebakaran Pondok Pak Ya.

“Ia mengingatkan kembali saya apa yang berlaku di sekolah ini yang ketika itu saya menjadi guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gurun.

“Saya tidak dapat bayangkan keadaan yang berlaku di Pondok Pak Ya yang benar-benar menyentuh hati saya dan saya sangat memahami dengan apa yang berlaku di Keramat Ujung hari ini,” katanya yang merupakan anak kepada pengasas Pondok Pak Ya, Yahya Junid.

Beliau mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa Ittifaqiyah dan berharap mereka bersabar dengan apa yang berlaku yang merupakan ujian besar daripada Allah SWT.

Mengenai perkembangan Pondok Pak Ya ketika ini, Azizah berkata

tapak asrama pelajar perempuan yang musnah kini telah dibina semula sebagai dewan utama.

Beliau berkata semua bangunan kayu sekolah itu termasuk asrama, kelas, pejabat dan kantin diganti baharu dengan bangunan konkrit hasil bantuan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan orang ramai.

Kini seramai 573 pelajar iaitu 291 perempuan dan 282 lelaki sedang belajar di Pondok Pak Ya.

“Pihak pengurusan sekolah amat menitikberatkan langkah berjaga-jaga dalam soal keselamatan agar tragedi lama itu tidak berulang lagi. Pihak sekolah telah mewujudkan skuad bomba dalam usaha menjaga keselamatan asrama pelajar.

“Pihak sekolah juga tidak membenarkan pelajar memasak sebarang makanan di asrama,” katanya.

Bekas pelajar Pondok Pak Ya yang terselamat dalam insiden itu Siti Jamilah Mohd Hassan, 41, turut terharu dan bersimpati dengan kejadian yang berlaku di ibu negara.

Beliau kini mengajar subjek Sejarah di pondok itu. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz IttifaqiyahPondok Pak Ya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd